nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM terima 57 laporan AEFI bagi vaksinasi kanak-kanak

22 FEB : Sebanyak 57 laporan kesan mudarat berikutan imunisasi (AEFI) bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang mendapatkan suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) telah diterima Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini.

Menurut Timbalan Menterinya, Dr Noor Azmi Ghazali, pihaknya memantau rapat kes AEFI dan menasihati ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka yang menerima suntikan tidak terus membuat aktiviti lasak, selain segera membuat laporan di aplikasi MySejahtera jika mereka mempunyai kesan selepas menerima vaksin

“Sebanyak 56 daripada kes berkenaan adalah dalam kategori tidak serius, manakala satu kes serius membabitkan kanak-kanak yang mempunyai sejarah penyakit asma, namun sudah sembuh sepenuhnya daripada AEFI selepas menerima rawatan di hospital.

“Kesan yang dilaporkan antaranya demam, sakit otot dan lenguh di tempat suntikan yang memang sering berlaku selepas divaksinasi. Ini gejala ringan yang biasanya akan hilang sepenuhnya selepas satu atau dua hari kemudian.” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau perjalanan PICKids di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang, hari ini.

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

Katanya, Sarawak mendahului kadar penerimaan vaksinasi kanak-kanak, diikuti Melaka, Lembah Kelang, Perak dan Pulau Pinang, yang kesemuanya merekodkan angka antara 20% hingga 30%.

Namun katanya, kadar vaksinasi kumpulan usia berkenaan di Kelantan, Terengganu dan Sabah masih rendah, iaitu bawah 10% , sekali gus usaha untuk meyakinkan ibu bapa di tiga negeri berkenaan giat dijalankan.

“Antara puncanya kebanyakan ibu bapa masih ragu-ragu serta bersikap tunggu dan lihat. Namun, kita nasihatkan supaya mereka tidak berlengah lagi demi keselamatan anak-anak kerana tujuan vaksinasi adalah menyelamatkan nyawa dan mengurangkan risiko dimasukkan ke hospital.

“Ini kerana berdasarkan rekod sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu, didapati 278,000 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 dengan 63 kematian direkodkan,” katanya sambil menambah bahawa KKM giat memberi penerangan terperinci kepada ibu bapa berhubung manfaat vaksin bagi melindungi kanak-kanak.

“Kita memang jemput pakar kanak-kanak untuk tampil memberi penerangan di stesen televisyen dan media sosial, termasuk mengadakan sesi webinar serta libat urus dengan beberapa jabatan berkaitan supaya ibu bapa lebih jelas,”katanya.

Sehingga kini, seramai 564,220 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.