nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MARA akan bina dua kampus baharu tahun ini

22 FEb: Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperkasakan sektor pendidikan tingginya dengan pembinaan dua buah kampus baharu Kolej Profesional MARA (KPM) tahun ini.
 
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dua kampus baharu itu akan dibina di Beaufort, Sabah dan Kapit, Sarawak.
 
“Kita merancang untuk membangun serta memperkukuhkan lagi sektor pendidikan dengan membina beberapa lagi institusi pendidikan di kawasan luar bandar yang strategik iaitu pembinaan dua buah kampus baharu Kolej Profesional Mara di Beaufort, Sabah dan sebuah lagi di Kapit, Sarawak.
 
“MARA akan terus memperkasakan akses kepada pendidikan berkualiti dalam meningkatkan modal insan berkemahiran masa hadapan bermula daripada peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi,” katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di kampus induk German-Malaysian Institute (GMI) di Bangi hari ini.
 
Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan kakitangan pengurusan tertinggi kementerian serta agensi KPLB.
 
Tambah Mahdzir, MARA turut akan membina tujuh buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini yang akan melibatkan penambahan pengambilan pelajar seramai 4,350 orang.
 
“Antara kawasan pembinaan MRSM baharu itu adalah di Ranau, Sabah; Bintulu dan Lawas di Sarawak; Ketereh dan Tanah Merah di Kelantan; Sik, Kedah serta Dungun di Terengganu,” katanya.
 
Selain itu jelas Mahdzir, MARA juga akan membina dua buah Pusat GIATMARA di Limbang dan Batang Lupar di Sarawak.
 
Dalam ucapannya juga Mahdzir berkata, MARA akan terus memperkasakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
 
“Program TVET MARA akan ditambah baik berdasarkan permintaan industri dan set kemahiran baharu yang menitikberatkan tiga aspek utama iaitu penyelesaian masalah kompleks, reka bentuk dan pengatucaraan teknologi.

Mahdzir (dua dari kiri) menyampaikan penghargaan kepada Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Melaka atas pengiktirafan APACC baru-baru ini.

“Bagi merealisasikan inisiatif ini, MARA akan mewujudkan lima Industry Centre of Excellence (ICOE) bersama pemain industri,” katanya lagi.
 
MARA juga jelas beliau, melaksanakan transformasi dengan yang terbaharu menggabungkan elemen kemahiran dan hafazan al-Quran menerusi Program TVET-Tahfiz.
 
“Rasionalisasi TVET MARA juga dilaksanakan bagi memperkukuhkan laluan artikulasi pelajar menerusi TVET MARA di mana terdapat peluang untuk pelajar yang telah mengikuti program sijil di GIATMARA dan IKM untuk menyambung pengajian ke peringkat Master dan Phd di UniKL di mana inisiatif ini adalah bagi mengelakkan pertindihan program yang sama dilaksanakan di antara IPMA,” katanya.
 
Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyampaikan penghargaan kepada Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Masjid Tanah, Melaka yang menerima pengiktirafan Anugerah Platinum Asia Pacific Accrreditation And Certification (APACC) baru-baru ini.
 
Ia merupakan pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang pertama kali diterima oleh sebuah institusi TVET di bawah KPLB.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.