nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin dunia kutuk serangan Russia ke atas Ukraine

24 FEB : Pemimpin dunia mengutuk serangan tentera Russia ke atas Ukraine hari ini dan menuntut agar konflik itu segera ditamatkan.

Antara pemimpin dunia yang mengutuk serangan Russia adalah Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang memberi amaran kepada negara itu sahaja bertanggungjawab sekiranya berlaku kematian dan kemusnahan susulan serangan dilakukan.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pula berkata, Presiden Russia, Vladimir Putin memilih laluan pertumpahan darah dan kemusnahan dengan melancarkan serangan tanpa provokasi ke atas Ukraine.

Beliau juga menegaskan United Kingdom (UK) dan sekutunya akan bertindak balas dengan tegas.

Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen dan Charles Michel, berkata pihaknya juga akan memastikan Kremlin bertanggungjawab atas kejadian itu.

Susulan apa berlaku di Ukraine, beliau mendoakan supaya negara itu dan rakyat tidak bersalah dalam keadaan selamat.

“Dalam waktu gelap ini, fikiran kami tertumpu kepada Ukraine dan wanita, lelaki serta kanak-kanak tidak bersalah ketika mereka berdepan serangan tanpa provokasi selain ketakutan yang mengancam nyawa mereka,” katanya.

Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, berkata Russia memilih laluan agresif terhadap negara berdaulat dan merdeka.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, serangan itu meletakkan risiko terhadap nyawa orang awam, sekali gus menyifatkan tindakan itu pelanggaran besar undang-undang antarabangsa serta ancaman serius kepada keselamatan Euro-Atlantik.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, menyifatkan tindakan tanpa provokasi adalah pencabulan jelas terhadap kedaulatan dan intergriti wilayah Ukraine serta obligasi Russia di bawah undang-undang antarabangsa dan piagam PBB.

Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki, berkata semua pihak harus bertindak balas segera ke atas ‘jenayah’ agresif Russia terhadap Ukraine dan Eropah dengan menghentikan tindakan Putin.

Ketua PBB, Antonio Guterres, berkata beliau ada membuat rayuan secara langsung dan peribadi kepada Putin selepas sesi tergempar Majlis Keselamatan dengan menggesa pemimpin itu menghentikan serangan atas nama kemanusiaan.

“Atas nama kemanusiaan, jangan benarkan ia bermula di Eropah sehingga ia menjadi perang terburuk sejak permulaan abad. Konflik mesti berhenti sekarang,” katanya yang menyifatkan kejadian semalam paling sedih dalam tempoh perkhidmatannya.

Ketika mesyuarat tergempar PBB, Duta PBB di Ukraine, Sergiy Kyslytsya, menuntut majlis yang dipengerusikan oleh Russia melakukan segala yang mungkin untuk menghentikan perang.

Beliau turut menuntut duta Russia melepaskan tugasnya sebagai pengerusi majlis itu.

“Tiada yang suci bagi penjenayah perang. Mereka terus ke neraka,” katanya yang kelihatan emosi ketika itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.