nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MEDAC agih bantuan RM3,000 kepada usahawan terjejas banjir

2 MAC : Bantuan sebanyak RM3,000 daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mula diagihkan kepada usahawan yang dikenal pasti terjejas banjir menerusi Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM).

MEDAC menurut Menterinya, Tan Sri Noh Omar, telah memperuntukkan geran bernilai RM50 juta sebagai inisiatif BBKM melalui agensinya TEKUN Nasional di mana ia disasarkan kepada peniaga informal dan mikro yang premis mereka terjejas dengan banjir dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.

“Hari ini, seramai 328 usahawan informal dan mikro (Parlimen Shah Alam, Kota Raja, Puchong dan Klang) merupakan kumpulan pertama penerima Geran BBKM ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan BBKM di Bangunan Kumpulan Muara, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Adam Abd Ghani.

Sementara itu, Noh berkata, MEDAC akan meneruskan pemberian bantuan RM3,000 juga kepada setiap usahawan terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.

Katanya, peruntukan sebanyak RM50 juta bawah geran itu akan memberi manfaat kepada 16,666 orang usahawan informal dan mikro.

“Secara keseluruhannya setakat hari ini, dalam senarai ada 12,000 usahawan, bermakna terdapat kuota 4,000 daripada 16,666 usahawan itu. Kita juga akan beri kepada semua usahawan yang terjejas di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu.

“Jika peruntukan RM50 juta tidak mencukupi ini, saya yakin jumlahnya akan ditambah kelak untuk membantu usahawan terjejas di sana,” katanya lagi.

TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga menurut Noh akan mengesan usahawan yang terbabit dan permohonan secara dalam talian juga boleh dilakukan oleh kumpulan usahawan yang tidak bernaung di bawah agensi itu.

Beliau turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara agar memberikan sedikit ruang kepada peniaga termasuk tidak berlesen yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan banjir.

“Tidak dinafikan kita ada (penguatkuasaan) undang-undang tetapi ada yang boleh guna budi bicara, jangan sampai menekan usahawan yang baru hendak bernafas, beri masa bertenang kepasa usahawan ini. Kita hendak usahawan ini bangkit semula. Kita sudah berikan sumbangan geran RM3,000 sebagai contoh untuk berniaga, tetapi tetap dikenakan saman PBT.

“Geran yang dapat habis bayar saman pula, apa maknanya kerajaan tolong. Kita minta PBT seluruh negara, khususnya Selangor bagi moratorium sikit, waktu bertenang dulu. Macam saya sebagai menteri sudah arahkan TEKUN Nasional, AIM dan Bank Rakyat dalam tempoh enam bulan, jangan ambil tindakan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.