nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

178 projek kerajaan dikategorikan projek sakit

3 MAC: Datuk Seri Mustapa Mohamed mendedahkan terdapat 178 projek kerajaan dikategorikan sebagai projek sakit setakat tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu berkata, jumlah tersebut adalah daripada 6,755 projek di bawah perbelanjaan pembangunan telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM75.6 bilion bagi tahun kedua Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“92 daripada projek tersebut sedang dan telah diambil tindakan intervensi oleh ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Sebanyak 41 projek berjaya dipulihkan dan mengikut jadual pelaksanaan projek yang dirancang manakala 51 projek lagi sedang dalam tindakan pemulihan,” katanya.

MUSTAPA

Beliau menjawab soalan asal Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (BERSATU-Bukit Gantang) pada sesi jawapan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menjelaskan tentang perkara itu, beliau berkata bagi tempoh RMK-11 iaitu tahun 2016-2020 sebanyak 8,963 projek dengan kos berjumlah RM255 bilion telah diluluskan.

Daripada bilangan itu, katanya sebanyak 4,040 projek telah siap manakala 4,923 projek lagi disambung pelaksanaannya dalam RMK-12.

Di Bukit Gantang, katanya terdapat satu projek di Changkat Jering yang mungkin boleh dianggapkan sebagai projek gajah putih.

“Mengikut pihak Majlis Perbandaran Taiping, pada awalnya projek Laman Changkat Jering mendapat peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebanyak RM2.8 juta.

“Selepas itu, pada tahun 2012, ICU menyediakan sebanyak RM3 juta. Projek ini siap sepenuhnya pada tahun 2014.

“Adalah difahamkan projek ini mempunyai empat komponen, iaitu 20 gerai basah, 150 gerai kering, 30 gerai makanan dan 12 kios,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pada masa ini, 20 gerai basah dan 150 gerai kering masih kosong.

Sementara itu, Mustapa berkata, berikutan pelaksanaan projek pembangunan penting untuk menjana aktiviti ekonomi negara dan bagi memastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan lancar, beliau bersama dengan Ketua Setiausaha Negara mempengerusikan Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara.

Katanya, sejak penubuhan pada Disember 2020, Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak 10 kali dan terakhir adalah pada 31 Januari 2022.  

Get real time updates directly on you device, subscribe now.