nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,200 pekerjaan baharu dicipta bulan lalu

3 MAC: Kerajaan merekodkan seramai 42,166 orang mendapat kerja dan sejumlah 1,200 pekerjaan baharu diwujudkan pada bulan lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kejayaan itu membuktikan inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran penciptaan 600,000 pekerjaan pada tahun ini.

Pada tahun lalu, katanya kerajaan dengan kerjasama bersepadu pelbagai kementerian, agensi pelaksana dan sektor swasta, berjaya menempatkan 558,633 pekerjaan kepada pencari kerja di seluruh negara.

“Pencapaian ini adalah 112 peratus daripada sasaran yang ditetapkan dan kerajaan yakin kejayaan ini boleh diulangi dengan sasaran lebih tinggi bagi tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (NEC).

Mesyuarat itu bagi membincangkan program dan inisiatif akan dijalankan agensi pelaksana untuk mencipta peluang pekerjaan bagi Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri (tengah) menghadiri mesyuarat NEC yang membincangkan penciptaan peluang pekerjaan bagi Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri berkata, NEC juga meneliti dan membincangkan strategi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Katanya, Sistem kuota dan Multi-tier Levy (MTL) adalah langkah yang boleh diambil dalam menangani isu ini dan sokongan daripada pihak majikan juga perlu bagi mengimbangi impak kekurangan tenaga kerja pascapandemik.

“Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia mempunyai tiga komponen utama iaitu insentif Penggajian Jamin Kerja, Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran serta Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP),” katanya.

Menurutnya, NEC juga bersetuju dengan penetapan sasaran sejumlah 300,000 penempatan pekerjaan di bawah Insentif Penggajian Jamin Kerja, 220,000 di bawah Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran dan 80,000 di bawah MySTEP.

“Seperti aturan sebelum ini, pencapaian sasaran ini akan disokong lima Pasukan Petugas Khas (STF) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga diarah merangka strategi yang khusus bertujuan meningkatkan lagi peluang pekerjaan bagi golongan belia.

“Langkah ini penting kerana kadar pengangguran dalam golongan berkenaan berada pada tahap 80.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut mengulangi pendirian mengenai usaha pendedahan awal pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada pelajar Tingkatan Satu, bagi membantu pelajar membuat pilihan berdasarkan kecenderungan minat mereka.

“Bagi tujuan ini, kempen promosi dan penjenamaan semula TVET akan dilakukan secara komprehensif bagi menghapuskan persepsi yang mengatakan TVET adalah pendidikan kelas kedua.

“Sebaliknya, TVET akan diperkasakan menjadi kerjaya pilihan seperti negara maju,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga akan menambah baik dan memperkasa ekosistem pekerjaan melalui pewujudan Pusat Penempatan Pekerjaan sehenti yang akan memantau kejayaan setiap permohonan pekerjaan.

“Ia pelengkap bagi platform MYFutureJobs yang memudahkan majikan menawarkan pekerjaan dan pada masa sama, membantu pencari kerja membuat pendaftaran dan mendapatkan tarikh temu duga,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan yakin strategi NEC dapat meneruskan momentum pemulihan ekonomi negara, meningkatkan penciptaan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.

“Selain itu, kerajaan memandang serius isu berkaitan seperti kekurangan pekerja dalam sektor tertentu, kesaksamaan peluang pekerjaan, perlindungan sosial bagi pekerja dan isu kebolehpasaran graduan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.