nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

STIE bantu garap idea kreatif belia luar bandar

9 MAC: Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia dapat membudayakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) dalam membantu meningkatkan kemahiran penciptaan inovasi berkualiti di kalangan masyarakat.

Menurut Timbalan Menteri 2 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah, pelaksanaan STIE membolehkan Pusat Komuniti Desa (PKD) Layang- ayang dipilih sebagai PKD rintis dalam pelaksanaan projek STIE Keluarga Malaysia dengan menggunakan ruang PKD dan pembekalan kelengkapan peralatan dan aplikasi teknologi STIE.

“Program pembudayaan STIE ini memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan menggarap idea kreatif dan menyuntik elemen inovasif khususnya belia luar bandar.

“Selain itu, komuniti luar bandar yang berkemahiran STIE dapat menjana pendapatan dan pekerjaan melalui aktiviti pembangunan prototaip produk inovasi ke peringkat prakomersialan dan mereplikasi projek inovasi ke komuniti lain,” kata Hasbi.

Hasbi (depan, tengah) di PKD Layang-Layang, Kluang hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Pusat Komuniti Desa (PKD) Layang-Layang, Kluang, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Zainal Abidin Abu Hassan mewakili MOSTI dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun.

Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di PKD Layang-Layang adalah yang keempat dibangunkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), salah sebuah agensi di bawah MOSTI dan merupakan yang pertama dengan sokongan daripada KPLB.

Pembangunan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di PKD Layang juga merupakan hasil kerjasama dengan rakan strategik daripada Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan PKD Layang-Layang melalui kaedah Quintuple Helix iaitu gabungan antara Kerajaan, industri, akademia, masyarakat dan alam sekitar.

Dengan adanya Ruang Reka ini, ia dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat berkumpul dan berinovasi dengan menggunakan teknologi sedia ada seperti pencetak 3D, robotik, dron dan lain-lain peralatan secara praktikal, sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan, produktiviti serta ekonomi komuniti setempat melalui olahan idea dan kreativiti yang dapat dipasarkan.

Menurut Hasbi, sebanyak 191 buah PKD diseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dibangunkan di bawah inisiatif KPLB bagi membantu meningkatkan literasi digital dan kesejahteraan masyarakat luar bandar selari dengan motto ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’.

“PKD diuruskan oleh seorang pengurus dan dibantu oleh Pejabat KPLB Negeri selaku Agensi Penyelaras Negeri dengan dikawal selia oleh Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti (EK).

“Fungsi PKD sebagai pusat latihan komuniti, aktiviti wanita, kesukarelaan, perkhidmatan setempat dan pengumpulan produk usahawan desa akan terus diperkasa selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar,” katanya Hasbi.

Tambah Hasbi lagi, program pemerkasaan PKD yang telah diluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM3 juta dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe- 12) dilihat mampu memperkasakan PKD selain memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Selain Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di PKD Layang-Layang, YIM juga telah membangunkan tiga projek pilot Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Taman Rasa Sayang, Paroi, Negeri Sembilan; Projek
Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu; dan kawasan Tenggara, Kota Tinggi, Johor.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.