nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Reka bentuk semula keupayaan sungai di Kuala Lumpur

9 MAC: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjalankan kajian bagi mereka bentuk semula keupayaan sungai di ibu negara sebagai penyelesaian secara menyeluruh kejadian banjir.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah dengan menggunakan Annual Recurrence Interval (ARI) 200 sebagai asas mereka bentuk semula keupayaan sungai itu.

“Dalam menyokong usaha ini, DBKL telah melantik perunding bagi mereka bentuk semula parit monsun dan longkang-longkang termasuk longkang tepi jalan raya.

“Ini bagi mempertingkatkan keupayaan longkang menampung air hujan berasaskan Annual Recurrence Interval (ARI) 200. Perunding ini diminta menyiapkan kajian ini dalam tempoh 12 bulan,” katanya pada sesi menjawab usul peraturan 18(2) mengenai banjir kilat di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini.

Gambar fail yang menunjukkan Kuala Lumpur dilanda banjir kilat pada Isnin lalu.

Mengulas mengenai usul Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang mengutarakan isu enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur di bawah JPS gagal berfungsi, beliau menafikan perkara tersebut kerana kolam-kolam tersebut telah berfungsi dengan kapasiti yang mencukupi bagi menampung air hujan dan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya Kolam Takungan Banjir Boyan di Sungai Bunus didapati tidak dapat menampung air hujan dan menyebabkan berlakunya limpahan air ke kawasan sekitar.

“Dalam hal ini, JPS sedang melaksanakan projek tebatan banjir di Pulapol di samping akan membina tembok penahan banjir di kawasan yang telah dikenal pasti bagi mengelakkan limpahan air dari Kolam Takungan Banjir Boyan berulang,” katanya.

Mengenai Pusat Kawalan SMART, Shahidan memberitahu, ia telah memasuki Mode 2 dan air Sungai Klang telah dilencongkan ke terowong SMART pada jam 3.58 petang, pada 7 Mac lalu.

Jelasnya, Mode 3 diaktifkan pada jam 4.44 petang danterowong SMART telah ditutup untuk semua kenderaan dan terowong kenderaan dibuka semula untuk lalu lintas pada jam 8 malam.

“Lencongan air banjir berjalan selama hampir enam jam dengan keseluruhan air dilencongkan sebanyak 1.15 juta meter padu,” katanya.

Banjir melanda ibu negara pada Isnin lalu itu bermula sekitar jam 3 petang selepas taburan hujan melebihi 1,000 mm per jam iaitu melebihi 40 mm perjam yang menyebabkan banjir kilat di 29 kawasan.

Kawasan terlibat ialah Jalan Yaakob Latif, Jalan Ampang, Jalan Pudu, Jalan Maharaja Lela, Jalan Cheras, Jalan Melaka, Terowong Chan Sow Lin, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Bulatan Kuda, Jalan Tun Perak, Bulatan Pahlawan, Jalan Permaisuri, Pudu Ulu dan Jalan Padang Tembak.

Turut terbabit Kampung Periuk, Jalan Semarak, Jalan Ayer Panas, Jalan Cochrane, Torowong Jalan Tun Razak, Jalan Kuchai Lama, Kampung Pasir, Terowong Kiri Keramat, Lembah Kesas, belakang Kiara 2, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Brunei, Jalan Petaling, Jalan Raja Chulan, Jalan Pahang, Jalan Mahameru dan Jalan Bulan.

Banjir kilat di 25 kawasan itu telah surut dalam masa 25 hingga 45 minit manakala di empat kawasan lain air surut dalam tempoh satu hingga tiga jam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.