nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DAP jangan kelirukan rakyat tentang MoU kerajaan-pembangkang

21 MAC : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan DAP supaya jangan sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Annuar yang merupakan Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu berkata, sehingga kini 80 peratus perkara dalam MoU berkenaan telah dan sedang dilaksanakan.

“Terdapat beberapa perkara sahaja lagi seperti cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan undang-undang berkaitan Anti Lompat Parti yang belum dilaksanakan, selebihnya dalam proses pelaksanaan dan berjalan dengan baik.

“Oleh itu, saya nasihatkan kepada DAP supaya tidak mengeluarkan kenyataan boleh mengelirukan rakyat seolah-seolah tidak ada persefahaman antara kerajaan dan parti pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sumbangan banjir kepada 150 penduduk Kampung Serongga dekat Repek Pasir Mas hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan sesekali tunduk dengan segala ugutan daripada mana-mana parti politik mengenai perkara yang boleh mengelirukan rakyat.

“Sebagai contoh semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kini Pengerusi DAP Kebangsaan) kata nak tamatkan MoU antara kerajaan dan PH jika Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti tidak diluluskan di Parlimen.

“Ingin saya jelaskan, persefahaman ini berdasarkan komitmen dan keikhlasan tapi kalau DAP cuba mengugut, saya ingin tegaskan kerajaan tidak akan tunduk dengan mana-mana ugutan,” katanya.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, banyak perkara perlu dilihat mengenai RUU berkaitan Anti Lompat Parti itu seperti perlembagaan, takrifan lompat parti dan persetujuan daripada semua parti politik.

“Dalam laporan terbaharu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan beliau telah membuat rundingan awal dengan beberapa parti politik, malah ada yang meminta supaya mengambil masa sedikit untuk melakukan perbincangan dengan ahlinya berhubung perkara tersebut jadi bagi saya tidak timbul soal lulus atau tidak,” katanya.

Semalam, media melaporkan DAP akan mendapatkan kepastian daripada kerajaan berhubung tarikh muktamad pembentangan RUU berkaitan Anti Lompat Parti di Parlimen.

Guan Eng berkata, parti itu akan mendapatkan kepastian daripada Ismail Sabri berhubung perkara itu, jika tidak, MoU antara kerajaan dan pembangkang daripada gabungan PH akan terbatal secara automatik.

Sebelum ini, Wan Junaidi dilaporkan berkata, rang undang-undang bagi Anti Lompat Parti itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat hanya selepas pandangan serta input semua pihak terlibat diperoleh dan semua sesi libat urus tamat.

MoU ditandatangani pada September lepas oleh Ismail Sabri dan pemimpin-pemimpin parti dalam gabungan PH sepakat bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai ini. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.