nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan malu, kekok berbahasa Melayu – Ismail Sabri

23 MAC: Perdana Menteri akan berbincang bersama pemimpin ASEAN bagi membolehkan bahasa Melayu dijadikan sebagai salah satu bahasa rasmi ASEAN pada masa akan datang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau berkeyakinan perkara tersebut boleh menjadi kenyataan dan telah memulakan langkah awal dalam memartabatkan bahasa Melayu.

“Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, saya telah mula meminta supaya Kementerian Luar Negeri menyediakan nota percakapan serta dokumen berkaitan dalam bahasa Melayu untuk rujukan saya apabila mengadakan lawatan rasmi ke luar negara.

“Sebagai langkah awal dalam memartabatkan bahasa Melayu, saya sendiri telah menggunakan bahasa Melayu semasa Lawatan Rasmi saya ke Republik Indonesia, Negara Brunei Darussalam, Kemboja dan Thailand baru-baru ini.

“Terkini, semasa lawatan ke Vietnam pada dua hari lepas, saya turut menggunakan bahasa Melayu,” katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Isa Ab. Hamid dan Datuk Seri S Vell Paari di Dewan Negara hari ini.

Mereka bertanyakan berkenaan usaha Kerajaan dalam memperkasa dan memartabatkan Bahasa Melayu dalam urusan diplomatik luar negara dan hubungan antarabangsa.

Perdana Menteri berkata bahasa Melayu mempunyai keunikan dan kelebihannya tersendiri, khususnya dalam kalangan negara ASEAN.

Selain Malaysia, katanya, beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei Darussalam, Selatan Thailand, Selatan Filipina serta di sebahagian Kemboja turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Pada masa ini, hanya empat daripada 10 buah negara ASEAN yang menggunakan bahasa Inggeris dalam acara-acara rasmi di peringkat antarabangsa. Manakala, enam buah negara lagi menggunakan bahasa ibunda sendiri dalam urusan rasmi masing-masing dan perlu diterjemahkan,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut mengingatkan rakyat Malaysia terutamanya para pemimpin tidak perlu berasa malu atau kekok untuk menggunakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Jelasnya, usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah selari dengan salah satu daripada bidang keutamaan Kerangka Dasar Luar Malaysia yang telah dilancarkan oleh Kerajaan pada 7 Disember 2021, iaitu Diplomasi Kebudayaan yang turut merangkumi elemen mengantarabangsakan bahasa Melayu di persada dunia.

“Usaha ini akan diteruskan dalam mana-mana pertemuan/mesyuarat dan persidangan antarabangsa, sama ada dua hala atau pelbagai hala di dalam mahupun di luar negara mengikut kesesuaian,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu selain usaha tersebut, Kerajaan juga akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (DBP) sebagai langkah memartabatkan Bahasa Melayu, sekali gus menjadikan ia sebagai bahasa ilmu.

Pindaan itu, katanya akan membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran bahasa Melayu di semua peringkat sama ada Daerah, Negeri mahupun Persekutuan.

“Saya dapati, Akta DBP yang ada ketika ini tidak memberi kuasa kepada agensi kerajaan itu untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan bahasa.

“Dari aspek pendidikan tinggi pula, Kementerian Pengajian Tinggi juga telah bersetuju supaya pelajar asing akan diwajibkan mempelajari bahasa Melayu apabila mereka mendaftar di universiti di negara ini.

“Secara tidak langsung, mereka ini akan ‘membawa balik’ Bahasa Melayu apabila pulang ke negara masing-masing setelah tamat pengajian kelak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.