4 APR: Malaysia menerima sumbangan 46,000 naskhah al-Quran dan 57 tan kurma daripada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di Putrajaya hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan di pejabat beliau sebagai tanda persabahatan yang istimewa antara Malaysia dan Arab Saudi.
“Sebanyak 57 tan kurma dibawa khas dari Riyadh untuk diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Selain pengagihan kurma, baginda juga akan menyumbang lebih 46,000 naskhah al-Quran terjemahan bahasa Melayu kepada masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara.
“Saya menganggap hadiah terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Melayu ini tanda persahabatan Malaysia dan Arab Saudi yang sangat istimewa terutama dalam hasrat Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN,” katanya di Facebooknya hari ini.
Perdana Menteri turut mengucap[kan terima kasih Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi atas hadiah yang diberikan.
“Moga ikatan diplomasi antara Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin sekian lama akan terus kukuh dan berterusan,” katanya.