nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup rendah tiga hari berturut-turut

18 APR : Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini susulan tekanan jualan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras rendah intra harinya pada 1,581.14, turun 7.87 mata atau 0.49 peratus daripada paras penutup 1,589.01 pada Jumaat minggu lalu.

Indeks utama itu mencecah paras tinggi intra harinya pada 1,591.64 semasa sesi dagangan awal pagi.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 558 berbanding 314 dengan 397 kaunter tidak berubah, 980 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.44 bilion unit bernilai RM1.57 bilion daripada 2.15 bilion unit bernilai RM1.41 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata berkata ekuiti tempatan terus menurun berikutan kekurangan minat belian di tengah-tengah tekanan jualan yang disebabkan oleh kelemahan sentimen serantau.

Di peringkat serantau, beliau berkata, indeks utama ditutup kebanyakannya rendah apabila harga minyak serta hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi meningkatkan kebimbangan terhadap inflasi.

Bagi perkembangan positif, keluaran dalam negara kasar China pada suku pertama 2022 berkembang lebih pantas daripada jangkaan, meningkat 4.8 peratus, melepasi jangkaan peningkatan 4.4 peratus tahun ke tahun.

“Bagi bursa tempatan, meskipun sentimen pasaran yang berhati-hati, kami menjangkakan aktiviti membeli saham berharga rendah akan berlaku memandangkan penilaian murah saham tempatan.

“Selain itu, data ekonomi China yang positif akan menarik lebih banyak dana disalurkan ke rantau ini, yang juga akan membawa kesan limpahan ke pasaran ekuiti tempatan.

“Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI bergerak dalam jajaran 1,580-1,600 bagi minggu ini dengan paras ketahanan pada 1,600 dan paras sokongan pada 1,580,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.98 peratus kepada 3,303.07, Kospi Korea Selatan susut 0.11 peratus kepada 2,693.21 manakala Indeks Komposit SSE Shanghai jatuh 0.49 peratus kepada 3,192.52.

Nikkei Jepun susut 1.08 peratus kepada 26,799.71 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.67 peratus kepada 21,518.08.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank dan juga Public Bank susut empat sen masing-masing kepada RM8.75 dan RM4.63, Petronas Chemicals menokok lapan sen kepada RM10.40, Press Metal naik dua sen kepada RM6.54 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.40.

Dalam kalangan kaunter cergas, Techna-X meningkat satu sen kepada 10.5 sen, Cengild Medical naik 13.5 sen kepada 46.5 sen, Permaju menambah setengah sen kepada sembilan sen dan Hextar menokok tiga sen kepada 37.5 sen manakala Key Alliance tidak berubah pada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 turun 56.22 mata kepada 11,005.11, Indeks FBM Emas susut 56.79 mata kepada 11,356.91, FBM 70 berkurangan 75.92 mata kepada 13,705.43, manakala Indeks FBM Emas Shariah jatuh 33.38 mata kepada 12,014.19 dan FBM ACE turun 67.02 mata kepada 5,719.48.

Mengikut sektor, Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.37 mata kepada 214.84 dan Indeks Perladangan susut 8.09 mata kepada 8,363.36, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 145.56 mata kepada 16,490.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.68 bilion saham bernilai RM1.35 bilion daripada 1.49 bilion saham bernilai RM1.26 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 95.99 juta unit bernilai RM7.33 juta daripada 113.66 juta unit bernilai RM9.52 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 667.08 juta saham bernilai RM213.31 juta daripada 46.98 juta saham bernilai RM140.99 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 369.20 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (453.51 juta), pembinaan (93.76 juta), teknologi (123.74 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (51.29 juta), hartanah (194.22 juta), perladangan (42.88 juta), REITs (4.96 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (260.78 juta), penjagaan kesihatan (30.98 juta), telekomunikasi dan media (15.29 juta), pengangkutan dan logistik (25.35 juta) dan utiliti (17.14 juta).

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup esok sempena cuti umum Nuzul Al-Quran.-BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.