nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Israel lancar roket ke Semenanjung Gaza

20 APR: Israel semalam melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada roket yang dilepaskan dari kawasan Palestin.

Lebih teruk, tentera Israel turut membuat lima tangkapan di kawasan yang diduduki di Tebing Barat sejak keganasan hujung minggu di sekitar tapak suci Baitulmaqdis.

Jemaah Palestin yang berkumpul di Masjid Al-Aqsa untuk solat Ramadan marah dengan lawatan oleh penganut agama Yahudi di bawah perlindungan ketat polis Israel selaian sekatan ke atas akses mereka sendiri.

Keganasan itu, yang berlaku ketika pertembungan perayaan Paskah Yahudi serta bulan suci umat Islam, telah mencetuskan kebimbangan kejadian tahun lalu berulang, apabila keadaan yang sama mencetuskan perang 11 hari yang memusnahkan sebahagian Gaza.

Isnin lalu, siren amaran dibunyikan selepas roket dilepaskan ke selatan Israel dari kawasan yang disekat, dikawal oleh pejuang Islam Hamas, dalam kejadian pertama seumpama itu sejak awal Januari.

Tentera Israel berkata, roket itu telah dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.

Beberapa jam kemudian, tentera udara Israel berkata, ia telah menyerang kilang senjata Hamas sebagai tindakan balas.

Hamas mendakwa telah menggunakan “pertahanan antipesawat” untuk menentang serangan itu, yang tidak menyebabkan kemalangan jiwa, menurut saksi dan sumber keselamatan di Gaza.

Tiada mana-mana pihak dalam kawasan sesak dengan 2.3 juta penduduk itu serta-merta mengaku bertanggungjawab ke atas roket itu.

Namun, ia berlaku selepas beberapa minggu keganasan yang semakin meningkat, dengan sejumlah 23 rakyat Palestin dan Arab-Israel terbunuh, termasuk penyerang yang menyasarkan warga Israel dalam empat serangan maut.

Serangan itu meragut 14 nyawa, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP.

Tembakan roket itu juga susulan keganasan Israel-Palestin pada hujung minggu di dalam dan sekitar perkarangan masjid Al-Aqsa yang mencederakan lebih 170 orang, kebanyakannya penunjuk perasaan Palestin. – APF

Get real time updates directly on you device, subscribe now.