nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penyata RUU  Anti Lompat Parti dijangka siap sebulan lagi

20 APR :  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yakin Jawatankuasa Pilihan Khas  yang dipengerusikannya itu dapat menyediakan penyata mengandungi cadangan rang undang-undang berkaitan dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, ia dapat direalisasikan kerana jawatankuasa itu dianggotai oleh pakar dan pengamal undang-undang yang berpengalaman bagi menggubal undang-undang berkenaan.

Namun, beliau enggan mendedahkan sebarang isi perbincangan jawatankuasa berkenaan yang dianggotai 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Ini kerana tidak dibolehkan oleh Peraturan Dewan Rakyat itu sendiri, melainkan laporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat baru ia menjadi ‘dokumen awam.

“Barulah saya sebagai Pengerusi mendedahkan (perkara atau perbincangan jawatankuasa) tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Pemukiman Agensi di bawah Kluster Parlimen dan Undang-undang bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Ahli Parlimen kerajaan yang menganggotai jawatankuasa khas itu ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Bersatu-Larut), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) dan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti).

Wakil pembangkang pula membabitkan Gobind Singh Deo (PH-Puchong), Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang), Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Ignatius Dorell Leiking (Warisan-Penampang).

Wan Junaidi seterusnya berkata mesyuarat pertama jawatankuasa itu sudah diadakan pada 15 April lalu dan beberapa siri mesyuarat lagi akan diadakan bermula esok.

Mengenai cadangan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof supaya jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ahli Parlimen pembangkang supaya ia bersifat berkecuali, beliau berkata arahan untuk beliau mempengerusikan jawatankuasa datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan Perdana Menteri bersama pemimpin Pakatan Harapan dan wakil Ahli Parlimen kerajaan di Dewan Rakyat pada 11 April lalu.

Ditanya mengenai sama ada sidang khas Parlimen akan diadakan pada Jun, beliau berkata, kuasa memanggil sidang khas Parlimen terletak pada Perdana Menteri.

“Biasanya Perdana Menteri akan berbincang dengan jemaah menteri dan sekiranya jemaah menteri bersetuju dengan tarikh-tarikh tertentu, Perdana Menteri boleh menetapkan tarikh tersebut mengikut Peraturan Dewan Rakyat 11(3),” katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau menyasarkan rang undang-undang mengenai cadangan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) dan Skim Perkhidmatan Parlimen dan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen berhubung cadangan mewujudkan perkhidmatan sendiri bagi Parlimen Malaysia dapat dibahaskan dalam sesi sidang Parlimen, Julai ini.

Katanya, ia selaras dengan Memorandum Transformasi dan Kestabilan Politik, Transformasi Parlimen menjadi satu agenda utama saya.

“Saya telah membentangkan perkembangan tentang cadangan pindaan undang-undang berkenaan kepada Jemaah Menteri,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.