nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga cedera, stor simpanan bunga api terbakar

26 APR: Tiga cedera ringan dalam kebakaran stor simpanan bunga api yang mengakibatkan letupan kuat di Sentul hari ini.

Kejadian kira-kira jam 6.30 di stor simpanan rampasan bunga api Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di Jalan Perhentian, Sentul turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan kejadian dan berkata, tiga yang cedera hanya mengalami sedikit kecederaan.

“Prosedur operasi standard (SOP) pelupusan barang kes dilakukan mengikut Perintah Mahkamah iaitu melupus barang kes dengan cara gelek iaitu menggunakan jentolak dan siraman air dan kemudian ditanam,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan turut mengesahkan tiga orang mangsa lelaki dewasa cedera ringan dalam kejadian itu dan kesemuanya sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang dan seterusnya balai bomba dan penyelamat (BBP) Sentul menghantar jentera ke tempat kejadian. Mereka dibantu oleh BBP Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Wangsa Maju.

“Ia membabitkan stor simpanan rampasan bahan bukti berkeluasan 100 X 50 kaki persegi dan terbakar 30 peratus struktur bangunan dan 80 peratus kawasan terbuka yang membabitkan 50 buah kenderaan,” katanya.

Katanya, seramai 60 anggota dan tiga jentera FRT, satu jentera FLRT, tiga trak air, satu jentera ALP dan dua EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dikawal oleh pasukan bomba pada jam 7.04 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.