nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia lepasi 1,600 mata

29 APR: Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi dalam dagangan tidak menentu hari ini, didorong sokongan belian yang berterusan di kaunter wajaran tinggi terpilih seperti saham permainan, minyak dan gas dan perladangan.

Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.12 mata atau 0.19 peratus kepada 1,600.43 daripada 1,597.31 sewaktu ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi 4.71 mata kepada 1,602.02 dan bergerak di antara 1,595.78 dengan 1,605.02 pada sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 566 berbanding 390, manakala 448 kaunter tidak berubah, 884 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.81 bilion unit bernilai RM2.07 bilion daripada 2.48 bilion unit bernilai RM2.19 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pasaran serantau utama mengekalkan aliran meningkat berikutan pembelian kukuh saham-saham teknologi disebabkan kenaikan besar semalaman di Nasdaq.

Bagi bursa tempatan, paras psikologi 1,600 masih menjadi halangan berikutan rintangan kukuh.

“Kami mendapati minggu dagangan yang lengang akan datang berikutan cuti Hari Raya dan Hari Pekerja. Kami turut menjangkakan terdapat beberapa aktiviti pengambilan untung berikutan rintangan kukuh pada 1,600,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Pak Leng berkata, pelabur boleh memberi tumpuan kepada penerima lesen perbankan digital seperti RHB Bank, Aeon Credit dan YTL Corp untuk peluang dagangan.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan lima konsortium iaitu Boost Holdings Bhd-RHB Bank Bhd, GXS Bank Pte Ltd-Kuok Brothers Sdn Bhd, Sea Ltd-YTL Digital Capital Sdn Bhd, AEON Financial Service Co Ltd-AEON Credit Service (M) Bhd-MoneyLion Inc dan KAF Investment Bank Sdn Bhd berjaya mendapatkan lesen bank digital Malaysia.

Pada 5 petang, RHB Bank meningkat enam sen kepada RM6.25, Aeon Credit menokok 30 sen kepada RM15.90 dan YTL menambah empat sen kepada 63.5 sen.

Bagi kaunter saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.07, Petronas Chemicals menambah 12 sen kepada RM10.22, CIMB menokok satu sen kepada RM5.20, manakala Public Bank susut dua sen kepada RM4.69 dan IHH Healthcare berkurangan empat sen kepada RM6.61.

Dalam kalangan saham aktif, PUC merosot 3.5 sen kepada 7.5 sen, Techna-X dan MNC Wireless masing-masing meningkat setengah sen kepada 12.5 sen dan tiga sen, Euro menokok 3.5 sen kepada 21 sen dan MN Holdings tinggi satu sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, FBM 70 menambah 60.91 mata kepada 13,772.18, Indeks FBM Emas meraih 30.60 mata kepada 11,466.08, Indeks FBMT 100 menambah 28.13 mata kepada 11,120.50 dan Indeks FBM Emas menokok 31.75 mata kepada 12,022.28, manakala FBM ACE berkurangan 7.10 mata kepada 5,578.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 15.34 mata kepada 16,926.80, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian tinggi 0.61 mata kepada 210.03 dan Indeks Perladangan meningkat 36.10 mata kepada 8,821.01.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama rendah 1.66 bilion saham bernilai RM1.83 bilion berbanding 1.67 bilion saham bernilai RM1.98 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran menambah kepada 473.01 juta unit bernilai RM95.58 juta berbanding 268.65 juta unit bernilai RM46.96 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 674.39 juta saham bernilai RM135.61 juta berbanding 544.68 juta saham bernilai RM160.10 juta sebelum ini.

Kaunter barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 391.07 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (369.40 juta), pembinaan (68.20 juta), teknologi (144.40 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (61.40 juta), hartanah (130.56 juta), perladangan (78.19 juta), REIT (16.89 juta), dana tertutup (51,600), tenaga (229.28 juta), penjagaan kesihatan (28.24 juta), telekomunikasi dan media (31.15 juta), pengangkutan dan logistik (21.53 juta) serta utiliti (93.14 juta).

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 2 Mei, 2022 (Isnin) sempena cuti gantian Hari Pekerja selain ditutup selama dua hari pada 3 Mei dan 4 Mei (Selasa) sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada 5 Mei, 2022 (Khamis). – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.