nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia bantah keras keputusan Norway batal lesen eksport peluru berpandu

14 MEI : Malaysia membantah keras keputusan unilateral Norway yang membatalkan lesen eksport bagi sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) dan sistem pelancar berkaitannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantahan itu disuarakan kepada Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre melalui perbualan telefon.

“Saya telah menyampaikan bantahan keras Malaysia dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre berhubung keputusan unilateral dan tidak dapat diterima oleh Norway untuk membatalkan lesen eksport bagi sistem peluru berpandu NSM serta sistem pelancar berkaitannya, kononnya atas alasan untuk melindungi keselamatan negara itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia sudah memenuhi setiap obligasi di bawah kontrak ini sejak tahun 2018 dengan penuh teliti, jujur dan tanpa sebarang keraguan. “Namun, Norway nampaknya tidak merasakan perlu untuk menunjukkan komitmen dan niat baik yang sama kepada Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan keputusan Norway itu akan memberi kesan serius terhadap kesiapsiagaan operasi pertahanan Malaysia serta program pemodenan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

“Malah, tindakan tersebut turut dijangka membawa implikasi yang lebih luas terhadap keseimbangan strategik di rantau ini,” katanya.

Menurut Anwar lagi, kontrak yang dimeterai merupakan satu komitmen yang amat serius yang tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

“Jika pembekal pertahanan Eropah merasakan mereka berhak untuk mungkir daripada perjanjian tanpa sebarang pertanggungjawab, maka nilai mereka sebagai rakan strategik akan terhakis sama sekali,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Luar Norway dilaporkan menarik balik beberapa lesen eksport teknologi tertentu dalam usaha memperketat kawalan eksportnya.

Sekatan itu termasuk melibatkan perolehan Peluru Berpandu Tempur Tentera Laut (NSM) yang dimeterai antara TLDM dan Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA) pada April 2018 dengan nilai kontrak 124 juta euro (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam kapal LCS baharu.

Peluru berpandu tersebut mampu melaksanakan serangan maritim jarak jauh pada kelajuan subsonik tinggi dengan jarak melebihi 300 kilometer.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.