nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelaksanaan gaji minimun tidak ditunda

30 APR: Kerajaan memutuskan tiada penundaan terhadap mana-mana sektor ekonomi atau jenis pekerjaan dalam pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, keputusan itu diambil kerana kerajaan sebelum ini telah memberikan bantuan kepada majikan melalui pakej bantuan COVID-19 seperti Program Subsidi Upah yang berupaya mengekalkan perniagaan dan pekerjaan.

“Ini (pelaksanaan gaji minimum) juga bagi memastikan pekerja-pekerja mendapat manfaat daripada peningkatan gaji minimum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi pewartaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 yang dibuat pada 27 April lalu, pelaksanaan gaji minimum berkuat kuasa pada Mei ini akan melibatkan majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Pelaksanaan itu juga membabitkan majikan yang menjalankan sesuatu aktiviti profesional dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020.

Warta tersebut memaklumkan pengecualian pelaksanaan gaji minimum RM1,500 pada 1 Mei ini bagi majikan yang mengambil pekerja kurang daripada lima orang dan pelaksanaannya hanya berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

M Saravanan berkata, kelonggaran tersebut diberikan bagi memberi peluang kepada majikan kategori tersebut untuk membuat persediaan sewajarnya.

Dalam pada itu, kadar gaji minimum kepada seseorang pekerja mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei hingga 31 Disember ini ialah RM1,200 bagi majlis bandar raya atau majlis perbandaran manakala RM1,100 bagi kawasan selain majlis bandar raya atau majlis perbandaran.

M Saravanan berkata, turut diperincikan dalam PGM 2022 ialah kadar gaji minimum harian dan jam serta kadar gaji bagi pekerja yang tiada gaji pokok tetapi dibayar melalui tugasan dan produktiviti seperti komisen serta upah ikut kerja (piece rate).

Katanya, pelaksanaan gaji minimum ini tidak terpakai kepada perkhidmatan domestik sebagaimana PGM terdahulu.

“Penguatkuasaan gaji minimum akan dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, semua majikan diminta mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.