nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dr Mahathir terkejut kes saman Apandi selesai luar mahkamah

6 MEI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut terhadap langkah kerajaan menyelesaikan kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, terhadap dirinya dan kerajaan di luar mahkamah.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga tidak bersetuju dengan langkah berkenaan dan sebagai defendan serta saksi utama, beliau tidak diberitahu mengenai penyelesaian berkenaan.

“Saya menulis pada Peguam Negara. Saya tidak bersetuju dengan cara penyelesaian dibuat. Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk, memandangkan tindakan penamatan perkhidmatan Apandi dibuat mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada kerajaan.

“Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia daripada saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pampasan,” katanya di Facebooknya hari ini.

Pada 13 April lalu, media melaporkan saman difailkan Apandi terhadap Dr Mahathir dan kerajaan berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara, diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, yang mewakili Apandi selaku plaintif dalam saman itu, bagaimanapun berkata, terma-terma penyelesaian tidak boleh didedahkan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga membangkitkan persoalan sama ada pampasan perlu dibayar jika tindakan penamatan perkhidmatan Apandi dibuat mengikut undang-undang.

“Saya berpendapat penyelesaian memberi pampasan besar untuk seorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik adalah amat dikesali di waktu mana sekalipun. Saya tidak mengaku salah dan bersedia untuk tuntutan Apandi diadili di mahkamah,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau mempertahankan tindakannya dan percaya penamatan perkhidmatan itu mengikut prosedur yang ditetapkan selepas menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Ketika saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi persediaan kes saman Apandi itu, saya dimaklumkan bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosedur dan ‘Rule of Law’.

“Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan sudah memberi nasihat betul pada Yang di-Pertuan Agong supaya Apandi ditamatkan perkhidmatan.

Saman itu difailkan Apandi pada 13 Oktober 2020 dengan menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak sah.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, juga menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama (Dr Mahathir) telah menyalahgunakan kedudukannya dan bahawa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak antara beliau dan kerajaan Malaysia.

Beliau juga memohon perisytiharan bahawa wujud kegagalan pematuhan terhadap Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dalam pemecatannya dan bahawa pemecatannya sebagai Peguam Negara adalah tidak mengikut undang-undang, dan oleh itu tidak sah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.