nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Majlis rumah terbuka Aidilfitri PM, jemaah menteri esok

7 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan jemaah menteri akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya esok.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan majlis ramah mesra bermula jam 10 pagi hingga 4 petang itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara pemimpin dengan kalangan Keluarga Malaysia.

Selain mengeratkan silaturrahim, majlis itu juga untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik selepas dua tahun terhalang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

“Orang ramai dijemput hadir dengan memakai pakaian yang bersesuaian.

“Bagi memudahkan ke majlis ini, perkhidmatan bas percuma disediakan di tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra mulai jam 9 pagi dengan kekerapan setiap 15 hingga 20 minit.

“Pengunjung dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan mereka di lokasi itu bagi mengelak berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya.

Kira-kira 70,000 ahli Keluarga Malaysia dijangka hadir memeriahkan majlis berkenaan, kata kenyataan itu.

“Walaupun prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan iaitu tidak lagi perlu memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal di tempat terbuka, namun pengunjung digalakkan untuk menjaga keselamatan dan kawalan kendiri.

“Diharapkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ini dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian serta memberikan keceriaan untuk seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.