nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelanggan berhak tuntut pampasan akibat kelewatan syarikat penerbangan

9 MEI: Pelanggan syarikat penerbangan yang berdepan kelewatan berhak menuntut pampasan bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata berdasarkan maklumat diperoleh daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), pampasan itu merangkumi makanan, panggilan telefon dan akses internet bagi penangguhan selama dua jam atau lebih.

Katanya, turut boleh dituntut iaitu penginapan hotel dan pengangkutan untuk penangguhan selama lima jam atau lebih, pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif sekiranya penerbangan dibatalkan.

“Bagaimanapun, satu-satunya pengecualian pampasan patut diberikan apabila berlaku keadaan luar biasa yang mendatangkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkakannya.

“Justeru, sekiranya pengguna perkhidmatan penerbangan berpendapat tidak mendapat pampasan sewajarnya, boleh kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan sebelum menghubungi MAVCOM,” katanya dalam satu ciapan di Twitternya.

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai rungutan pengguna perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah yang berdepan masalah kelewatan hingga mengundang masalah kepada mereka.

Alexander berkata, beliau mengambil maklum mengenai rungutan, aduan dan keluhan disuarakan oleh pengguna berhubung kelewatan penerbangan syarikat itu membabitkan pelbagai destinasi dalam negara.

“Kelewatan yang berlaku ini dikesan sejak penghujung bulan lalu dan masih berlanjutan.

“Pihak kementerian akan terus menjalankan siasatan daripada sisi kepentingan pengguna, selain bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi merungkai permasalahan ini demi memastikan ia tidak berlanjutan dan berulang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.