nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hujan luar biasa sebabkan banjir di Janda Baik

11 MEI: Kejadian banjir di Janda Baik, Bentong disebabkan hujan terlampau lebat awal pagi tadi di kawasan hulu sehingga mengakibatkan berlakunya limpahan air dari sungai berhampiran.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia juga berpunca daripada keadaan sungai yang cetek disebabkan banjir besar pada 17 Disember 2021.

“Cerapan data stesen hujan di Kampung Janda Baik menunjukkan bahawa taburan hujan awal pagi tadi di kawasan tersebut ialah sebanyak 19.5mm dalam tempoh tiga jam.

“Kadar hujan 19.5mm dalam tempoh tiga jam ini dikategorikan sangat lebat kerana taburan normal hujan adalah di bawah 10mm,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Kerajaan Negeri Pahang mengagihkan bantuan makanan dan bantuan lain kepada mangsa banjir di Janda Baik, Bentong hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu menyebabkan beberapa kampung terjejas termasuklah Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh.

Sebanyak 42 keluarga juga terpaksa berpindah ke lokasi selamat.

Wan Rosdy berkata, beliau telah mengarahkan beberapa tindakan dilaksanakan dengan kadar segera khususnya bagi membantu mangsa banjir yang terkesan.

Tambahnya, sebagai langkah awal, sebanyak 500 pek makanan dan bantuan lain seperti selimut, tuala dan air mineral yang diselaraskan oleh Kerajaan Negeri diagihkan kepada mangsa yang terlibat.

“Saya telah minta pek makanan dan bantuan ini ditambah dari masa ke masa dengan kadar segera.

“Bagi membantu kerja-kerja pascabanjir termasuk pembersihan rumah, Sukarelawan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) khususnya dari Bentong akan melakukan gerak kerja secepat mungkin.

“Ketika ini Kerajaan Negeri dan agensi yang terlibat sedang memberi tumpuan khusus kepada operasi penyaluran bantuan kepada mangsa banjir,” katanya yang berharap semua mangsa yang terlibat tabah mendepani ujian berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.