nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi Malaysia berkembang 5 peratus

13 MEI: Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak lima peratus pada suku pertama 2022 disokong oleh peningkatan permintaan dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh.

Perkembangan itu disumbang oleh sokongan dasar Kerajaan yang konsisten, terutamanya melalui inisiatif di bawah Bajet 2022 yang mengembang dengan langkah yang giat dilaksanakan sejak awal tahun.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kesan limpahan daripada pelaksanaan langkah Bajet 2021 serta pakej-pakej rangsangan dan bantuan sebelum ini turut menyumbang kepada perkembangan tersebut.

“Sepanjang Suku Pertama 2022, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bulanan berkembang secara konsisten pada kadar 4.3% pada Januari, 5.2% pada Februari dan 5.4% pada Mac.

“Antara indikator ekonomi yang telah menunjukkan trend pertumbuhan adalah pemulihan pasaran buruh yang berterusan, dengan kadar pengangguran pada 4.1%, berkurang sebanyak 0.2 mata peratusan berbanding suku sebelumnya berikutan pelaksanaan program subsidi upah bernilai lebih daripada RM20 bilion dan kejayaan inisiatif pewujudan peluang pekerjaan seperti JanaKerja dan JaminKerja.

“Kadar pengangguran dijangka terus berkurang dalam bulan-bulan yang mendatang selaras dengan bantuan Kerajaan yang berterusan dan prospek perniagaan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, keyakinan perniagaan juga semakin meningkat selari dengan penggunaan swasta yang kukuh.

Jelasnya, Indeks Sentimen Pengguna (CSI) oleh MIER meningkat kepada 108.9 mata pada Suku Pertama 2022 manakala Statistik Kecenderungan Perniagaan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekod indikator keyakinan sebanyak 7.6%.

“Secara keseluruhan, keyakinan dan sentimen tersebut digambarkan melalui peningkatan nilai jualan sektor pembuatan yang kukuh sebanyak 13.9% kepada RM144.6 bilion serta jualan perdagangan borong dan runcit yang berkembang sebanyak 9.8% kepada RM123.8 bilion pada Mac 2022.

“Perdagangan luar dan pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh. Jumlah dagangan berkembang sebanyak 23.6% kepada RM624.9 bilion manakala FDI bersih meningkat kepada RM24.4 bilion (S4 2021: RM18.4 bilion).

“Sektor pembuatan, aktiviti kewangan dan insurans/takaful serta sektor perdagangan borong dan runcit telah menarik sebahagian besar daripada aliran masuk FDI terutamanya dari Switzerland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Jepun,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, bagi pasaran modal dan kewangan Malaysia, ketersediaan pembiayaan terus bertambah baik seperti digambarkan oleh peningkatan pinjaman kepada isi rumah.

Tambahnya, pertumbuhan pinjaman isi rumah terkumpul meningkat sebanyak 4.8%, sejajar dengan peningkatan pengeluaran pinjaman sebanyak 12.7% mengatasi pertumbuhan pembayaran balik pinjaman sebanyak 3.3%.

Selain itu, katanya, FBM KLCI meningkat sebanyak 1.3% dalam tempoh Suku Pertama 2022 dengan pembelian bersih daripada pelabur runcit tempatan berjumlah menyumbang RM501 juta dan aliran masuk bersih dana asing yang konsisten berjumlah RM6.5 bilion.

“Bursa Malaysia mendahului bursa-bursa lain di ASEAN dengan hasil penyenaraian baharu daripada lima tawaran awam awal (IPO) berjumlah AS$362 juta (RM1.6 bilion).

“Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pemulihan pada 2022. Peralihan kepada fasa endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa akan meningkatkan ketibaan pelancong
dan menambah baik aktiviti perdagangan dan perniagaan, seterusnya memacu pemulihan yang
kukuh dalam sektor perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, seiring dengan permintaan luar yang kukuh daripada rakan dagangan utama, ekonomi negara dijangka berada di landasan untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara 5.3% hingga 6.3% pada 2022.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.