nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPLB rangka pelan strategik bangunkan ekonomi luar bandar

28 MEI: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan merangka satu pelan strategik bagi memastikan masyarakat luar bandar turut menerima manfaat daripada limpahan kemasukan pelabur asing.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata langkah tersebut bagi memastikan keseimbangan ekonomi bandar dan luar bandar.

“Faktor pendidikan, kemahiran, kesamaan ruang serta peluang perlu dititikberatkan dalam usaha menangani cabaran ekonomi di kawasan luar bandar.

“Saya bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan melihat dengan lebih terperinci strategi yang boleh dirangka supaya Keluarga Malaysia secara keseluruhannya turut merasai pertumbuhan ekonomi yang semakin berkembang di negara kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Malaysia ke Jepun yang berakhir hari ini memberi impak positif dalam pembangunan ekonomi negara ini.

Justeru, Ahli Parlimen Lipis itu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang lima hari Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Malaysia ke Jepun yang berakhir hari ini.

Dalam pertemuan Ismail Sabri dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Tokyo, beliau bersetuju hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf daripada “Strategic Partnership” kepada “Comprehensive Strategic Partnership”.

Menurut Abdul Rahman, kesediaan Perdana Menteri Jepun untuk menaik taraf hubungan berkenaan adalah satu indikasi bahawa mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Ismail Sabri.

Lebih mengagumkan katanya, kesediaan pelabur-pelabur asing yang bersetuju untuk memulakan pelaburan di Malaysia dengan kadar segera.

“Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Perdana Menteri kerana dalam Persidangan NIKKEI, beliau dengan tegas menyuarakan pendirian mengenai peperangan Russia-Ukraine yang akan memberi kesan kepada negara-negara miskin.

“Impak rantaian turut dirasai oleh Malaysia kerana ia akan menjejaskan bekalan makanan. Pendirian Kerajaan Malaysia jelas bahawa peperangan bukanlah satu jalan penyelesaian tetapi perlu diselesaikan secara damai melalui meja rundingan,” katanya.

Tambanya, Perdana Menteri turut menyatakan pendirian mengenai Laut China Selatan kekal sebagai Zon Dagangan Bebas namun sebarang pencerobohan tidak dibenarkan demi mengekalkan kedaulatan negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.