nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup rendah

30 MEI : Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung di kaunter perladangan yang terpilih walaupun sentimen positif di bursa serantau, kata peniaga.

Sime Darby Plantation merosot 7.0 sen kepada RM4.98, Kuala Lumpur Kepong susut 36 sen kepada RM25.80 dan IOI Corp berkurangan 3.0 sen kepada RM4.23, kesemuanya menyumbang sejumlah 1.82 mata kepada penurunan indeks komposit.

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran merosot 3.74 mata atau 0.24 peratus kepada 1,543.02 daripada 1,546.76 pada Jumaat, selepas bergerak antara 1,540.56 dan 1,547.02 sepanjang hari.

Indeks dibuka rendah 0.41 mata kepada 1,546.35.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 497 berbanding 412 manakala 419 kaunter tidak berubah, 973 tidak diniagakan dan 64 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 3.05 bilion unit bernilai RM1.82 bilion daripada 2.78 bilion unit bernilai RM2.01 bilion pada Jumaat lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup rendah selepas sesi dagangan kurang menggalakkan walaupun prestasi positif di rantau ini.

Sementara itu, indeks serantau utama diniagakan tinggi berikutan petunjuk positif daripada Wall Street pada Jumaat.

Bagi bursa tempatan, katanya pelabur dilihat enggan mengambil lebih banyak pegangan yang penting berikutan ketiadaan pemangkin pembelian sementara menunggu keputusan korporat.

“Kami menjangka sentimen pelabur akan terus goyah walaupun terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah, justeru, kami menjangka FBM KLCI akan bergerak mendatar, pada julat 1,535-1,555 pada minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.26 peratus kepada 3,238.92, Nikkei 225 Jepun naik 2.19 peratus kepada 27,369.43, Hang Seng Hong Kong meningkat 2.06 peratus kepada 21,123.93, KOSPI Korea Selatan menokok 1.20 peratus kepada 2,669.66 dan Indeks Komposit SSE China naik 0.60 peratus kepada 3,149.06.

Dalam negara, saham wajaran tinggi Maybank merosot 1.0 sen kepada RM8.98, Public Bank susut 3.0 sen kepada RM4.59, IHH Healthcare berkurangan 5.0 sen kepada RM6.55, Petronas Chemicals menambah 2.0 sen kepada RM10 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.25.

Daripada saham aktif, G3 Global merosot 1.5 sen kepada 5.5 sen, Dagang NeXchange berkurangan 2.0 sen kepada 99 sen, Green Packet dan MNC Wireless, masing-masing tidak berubah pada 8.0 sen dan 1.5 sen manakala Sapura Energy menambah setengah sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE naik 49.47 mata kepada 5,196.17 dan FBM 70 menambah 15.54 mata kepada 13,114.10 manakala Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 6.62 mata kepada 11,385.27, Indeks FBM Emas merosot 19.95 mata kepada 10,991.17 dan Indeks FBMT 100 susut 16.97 mata kepada 10,690.70.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.34 mata kepada 199.75 manakala Indeks Perladangan merosot 66.95 mata kepada 7,942.77 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 42.81 mata kepada 16,601.60.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 2.31 bilion saham bernilai RM1.64 bilion daripada 1.79 bilion saham bernilai RM1.71 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 335.84 juta unit bernilai RM60.79 juta daripada 567.80 juta unit bernilai RM111.38 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 404.09 juta saham bernilai RM120.34 juta daripada 424.50 juta saham bernilai RM189.64 juta pada Jumaat lepas.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 815.62 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (416.65 juta), pembinaan (90.31 juta), teknologi (142.27 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (45.30 juta), hartanah (95.74 juta), perladangan (48.39 juta), REIT (5.88 juta), dana tertutup (19,400), tenaga (369.22 juta), penjagaan kesihatan (35.35 juta), telekomunikasi dan media (181.41 juta), pengangkutan dan logistik (46.80 juta) dan utiliti (18.51 juta). – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.