nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO Kedah kecewa muafakat UMNO-PAS makin longgar

31 MEI : UMNO Kedah kecewa selepas hubungan parti itu dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) kini dilihat mulai longgar berikutan pelbagai kenyataan dikeluarkan pemimpin PAS.

Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz, berkata beliau secara peribadi masih mendukung semangat MN, namun menyerahkan segala keputusan berkaitan kerjasama itu kepada pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Saya sentiasa mendukung semangat muafakat dan selalu berkata orang Melayu tidak mampu untuk berpecah, namun kita sedih apabila keakraban yang disemai UMNO dan PAS mula longgar sejak parti itu masuk ke dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan pelbagai kenyataan dikeluarkan pimpinan mereka sendiri.

“Jadi, kami di bawah ini, akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan terutama lima di atas dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melakarkan sesuatu yang memberi faedah jangka panjang demi agama, bangsa dan negara,” katanya ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

Berikutan itu, Othman meminta semua ahli UMNO dapat bergerak bersama bagi memperkukuh parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

“Kita kena bergerak sederap dengan niat untuk sama-sama memperkuatkan ikatan. Kita perlu praktikkannya, jangan kita praktik hanya untuk kesenangan diri masing-masing sahaja.

“Itu tidak boleh dibuat sebab dalam perjuangan, kita bukan hanya melihat pada diri semata-mata,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun memaklumkan, semua 15 bahagian UMNO di Kedah kini memasuki fasa bersedia bagi menghadapi PRU-15, walaupun tarikh tepatnya belum diketahui setakat ini.

“Secara keseluruhan kita telah mengarahkan bahagian di Kedah termasuk di Jerlun untuk memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing, malah kita juga menganjurkan beberapa siri kursus untuk portfolio tertentu demi memantapkan lagi gerak kerja pelbagai peringkat.

“Walaupun kita belum tahu bila tarikh sebenar PRU-15, di peringkat bahagian dan sebagainya, kita telah mengarahkan seluruh jentera demi memastikan mereka sentiasa bersedia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.