nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Presiden PKBM didakwa rasuah

3 JUN: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan rasuah hampir RM50,000.

Abu Samah, 81, menghadapi dua tuduhan menggunakan jawatannya sebagai Presiden PKBM bagi memperoleh suapan dengan memilih syarikat keluarga berkaitan sewaan kenderaan logistik dan penginapan atlet berbasikal bernilai keseluruhan RM48,811.85 dalam tempoh 2013 hingga 2019.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendapatkan suapan apabila memilih Syarikat Harapan Baiduri Sdn Bhd bagi menyediakan sewaan kenderaan logistik berharga RM12,750 melalui 13 baucar bayaran mulai 2013 hingga 2018, yang mana tertuduh dan anak-anak ada kepentingan sebagai pemilik syarikat.

Bagi pertuduhan kedua, Abu Samah didakwa melakukan kesalahan sama apabila memilih Syarikat Keluarga Haji Wahab Hassan Sdn Bhd miliknya dan adik-beradik untuk membuat sewaan inap desa berharga keseluruhan RM36,061.85 bagi kegunaan atlet berbasikal.

Dia yang tidak diwakili peguam dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat PKBM di daerah Melaka Tengah antara 2012 hingga 2019 dan didakwa mengikut Sesyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda antara lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Abu Samah mengangguk faham pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin, namun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat menawarkan jaminan RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes selesai.

Abu Samah bagaimanapun merayu jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000 serta pasportnya tidak disimpan oleh mahkamah kerana memerlukannya untuk urusan di luar negara berkaitan sukan berbasikal.

“Saya berusia 81 tahun dan memberikan kerjasama penuh selama dua tahun kepada SPRM berkaitan siasatan kes, saya juga ke pejabat SPRM sebulan sekali. Mohon jaminan RM5,000 dan pasport tidak diserahkan.

“Sebagai Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) saya perlu menghadiri pelbagai mesyuarat di luar negara, terdekat di Australia selain di Thailand dan Indonesia. Saya tak lari pun, kalau mati pun di Malaysia, di Melaka,” katanya.

Mahkamah membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM10,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserah kepada mahkamah berkuat kuasa hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.