nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zaid jawab MB Kedah dakwa Zahid takut di penjara mahu PRU awal

12 JUN : Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyifatkan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pilihan raya umum segera diadakan kerana tidak mahu masuk penjara, merupakan tohmahan yang melulu serta tidak berasas.

Menurut Zaid menerusi satu video di Facebook miliknya, jelas bahawa Sanusi tidak faham proses perundangan di negara ini.

“Tuduhan terhadap Zahid Hamidi banyak. Banyak pertuduhan dan banyak saksi. Dan kes ini belum pun selesai, belum ada keputusan di mahkamah tinggi.

“Dan selepas mahkamah tinggi, kalaupun Ahmad Zahid didapati bersalah, masih ada lagi ada mahkamah rayuan. Dan kalau di mahkamah rayuan, mungkin boleh merayu lagi di mahkamah persekutuan.

“Dan proses perundangan ini lama. Sekurang-kurangnya mengambil masa tiga tahun barulah kita tahu Ahmad Zahid bersalah atau tidak.

“Jadi tidak masuk akal, Zahid mahukan pilihan raya cepat kerana nak selamatkan dirinya daripada penjara. Nak selamat macam mana, beliau belum masuk penjara lagi. Kalau pilihan raya hujung tahun depan sekalipun, kes beliau belum habis lagi,” ujarnya.

Sehubungan itu, Zaid meminta mana-mana pihak tidak menuduh Ahmad Zahid mahukan pilihan raya umum segera disebabkan tidak mahu masuk penjara.

“Adakah pernah terjadi sejak merdeka, kerajaan UMNO, Perdana Menteri UMNO melepaskan seseorang yang sudah didapati bersalah daripada penjara?

“Datuk Mokhtar Hashim, menteri UMNO ketika itu tidak dilepaskan daripada kes bunuh dan dipenjara. Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor dipenjara enam tahun. Begitu juga dengan Datuk Seri Khir Toyo, dipenjara enam tahun. Adakah UMNO melepaskan pemimpin-pemimpin yang sudah didapati bersalah? Tidak ada.

“Jadi siapakah Perdana Menteri UMNO yang akan lepaskan Ahmad Zahid daripada penjara? Kerja melepaskan orang daripada penjara ini tidak ada dalam proses undang-undang. Kita ada undang-undang. Jika ada pemimpin yang berbuat demikian, dia juga akan dipenjara kerana itu satu kesalahan,” tegasnya.

Katanya lagi, ada pihak yang mendakwa bahawa Peguam Negara lantikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kelak akan menarik balik kes terhadap Ahmad Zahid atau pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai kes di mahkamah.

“Dalam sejarah kita, yang tarik balik pertuduhan terhadap orang-orang politik ini tidak berlaku di masa pemerintahan UMNO. Kes Musa Aman ditarik balik oleh Peguam Negara selepas empat bulan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

“Begitu juga dengan kes Lim Guan Eng, yang menarik balik pertuduhan terhadap Guan Eng adalah Tommy Thomas, Peguam Negara lantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah Tun Mahathir ketika itu.

“Jadi janganlah kerana pengalaman kita dalam satu dua kes ini, maka kita beranggapan bahawa UMNO juga kelak akan menggunakan Peguam Negara untuk menarik balik kes-kes pemimpin UMNO,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.