nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ringgit dibuka lemah, dijangka lemah minggu ini

13 JUN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi Isnin, menyaksikan dolar AS terus mengukuh berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat dua hari Rizab Persekutuan AS, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.4090/4130 berbanding dolar AS daripada 4.4000/4030 pada penutup urus niaga Jumaat.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka kekal lemah hari ini kerana ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) berkemungkinan mengekalkan kecenderungannya untuk menaikkan kadar faedah apabila bermesyuarat pada 14 dan 15 Jun nanti.

“Mesyuarat FOMC minggu ini juga penting kerana kakitangan Fed akan berkongsi unjuran suku tahunan terkini mereka.

“Justeru, ini akan menjadikan ringgit lemah minggu ini bersama-sama dengan mata wang serantau lain berikutan pengukuhan dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, jangkaan itu didorong terutamanya oleh data terkini indeks harga pengguna (CPI) AS pada Mei yang meningkat sebanyak 8.6 peratus dan melepasi anggaran konsensus sebanyak 8.3 peratus.

Kenaikan 50 mata asas dalam Kadar Dana Persekutuan (Fed) telah pun ditetapkan dan ia mungkin berterusan dalam mesyuarat Julai, sekali gus menyaksikan satu lagi pusingan kenaikan kadar pada mesyuarat September, katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4120/4170 daripada penutup Jumaat 5.4784/4822 dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1701/1737 daripada 3.1856/1880 sebelumnya.

Ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2667/2699 daripada 3.2870/2895 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6224/6266 daripada 4.6618/6650. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.