nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis pasang kawat duri di tebing Selat Tebrau

17 JUN :  Ekoran video viral yang memaparkan warga asing memasuki negara secara haram berhampiran Bangunan Sultan Iskandar (BSI), pihak polis telah memasang kawat berduri sementara sebagai penghadang di kawasan tebing Selat Tebrau.

Video yang tular semalam itu memperlihatkan sempadan negara telah dibolosi sekumpulan individu tidak bertanggungjawab Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, memaklumkan perkara berkenaan menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Berikutan itu, katanya beberapa tindakan diambil pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian berulang. Katanya, Polis Johor mendirikan kanopi dan menempatkan kawalan anggota 24 jam di kawasan kejadian.

“Polis juga memasang kawat berduri di tepi pagar di tebing Selat Tebrau. “Usaha mengesan individu yang masuk ke Malaysia mengikut laluan tidak sah juga sedang dijalankan,” katanya.

Pihak kerajaan negeri menurut Onn Hafiz turut membincangkan isu sama bersama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyelesaikan isu di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) yang tidak berkesudahan.

“Saya harap pihak kementerian akan lebih serius menangani isu yang memberi kesan kepada imej negara dan negeri Johor,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan ke atas rakaman video yang tular itu serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian berhampiran BSI mendapati lima lelaki dan tiga wanita memasuki sempadan negara secara haram.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1969/63 dan individu terbabit diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk diambil keterangan.

“Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Nizam Ramon di talian 011-116086119,” katanya menerusi kenyataan media.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.