nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Seorang maut, tujuh cedera insiden letupan bom di masjid

17 JUN : Insiden satu letupan bom di sebuah masjid di utara Afghanistan hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya seorang jemaah maut dan tujuh cedera ketika menunaikan solat Jumaat.

Letupan itu berlaku di wilayah utara, Kunduz di daerah sama yang menyaksikan berpuluh-puluh jemaah terbunuh pada April lalu akibat serangan bom seumpamanya.

Jurucakap polis wilayah, Qari Obaidullah Abedi, berkata seorang jemaah terbunuh dalam letupan di masjid Alif Birdi di daerah Imam Shahib.

Seorang doktor di hospital wilayah itu turut mengesahkan jumlah kematian dan cedera. Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Pengambilalihan Taliban ke atas Afghanistan daripada kerajaan disokong Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu menyaksikan jumlah pengeboman di negara itu berkurangan tetapi kumpulan bersenjata Daesh terus menyasarkan komuniti minoriti dalam serangan.

Rentetan pengeboman melanda negara itu semasa bulan suci Ramadan, yang berakhir 30 April lalu dengan beberapa serangan didakwa dilakukan Daesh.

Pada 22 April, letupan di sebuah masjid di daerah Imam Shahib mengorbankan sekurang-kurangnya 36 jemaah dan mencederakan lebih banyak lagi orang dalam salah satu serangan paling kejam sejak Taliban kembali berkuasa.

Letupan itu menyasarkan ahli-ahli komuniti minoriti Sufi yang sedang melakukan aktiviti keagamaan selepas solat Jumaat.

Cawangan Daesh serantau di Afghanistan, yang majoritinya Sunni, dikesan berulang kali menyerang Syiah dan minoriti seperti Sufi, yang dikatakan sesat.

Pegawai Taliban menegaskan tentera mereka sudah mengalahkan Daesh penganalisis berkata kumpulan itu adalah cabaran keselamatan utama bagi pemerintah Afghanistan ketika ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.