nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

48,800 pelatih ikuti pengajian TVET KPLB

23 JUN: Sejumlah 48,800 orang pelatih sedang mengikuti pengajian di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ketika ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, jumlah itu dijangka terus meningkat sejajar dengan peluang pekerjaan dan tahap kebolehpasaran pelatih pada paras 87.5 peratus.

“Hari ini kita mula promosi di minggu TVET Negara dan selepas itu kita akan pergi juga ke negeri-negeri lain untuk kita promosikan apa kursus yang kita ada, yang kita boleh tawarkan kepada anak-anak muda kita yang memerlukan sokongan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mahdzir berucap pada majlis perasmian Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 di Sungai Petani hari ini.

“Kita ada tahap sijil, diploma, undergraduate (pendidikan siswazah), Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), jadi maknanya laluannya boleh semua daripada Sijil Kemahiran Malaysia, (SKM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 di Sungai Petani hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Ketua Setiausaha KPLB (Dasar), Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Timbalan Ketua Setiausaha KPLB (Pembangunan), Mas Rizal Mohd Hilmi.

Jelas Mahdzir, antara bidang tumpuan pelatih dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pemain industri terhadap pelatih TVET KPLB adalah bidang berkaitan digital dan multimedia.

Selain itu, bidang automotif dan kejuruteraan juga mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelatih untuk mengikuti pengajian TVET KPLB.

“Apa yang kita buat sekarang ini adalah setiap kursus itu ada kerjasama dengan pemain industri supaya ianya sepadan.

“Contohnya, kalau kita buat sesuatu kursus, siapa pemain industri yang mahu ambil pelatih tersebut? Jika ada permintaan kita boleh kerjasama siap-siap,” katanya.

KPLB tambah Mahdzir, akan berusaha memastikan kebolehpasaran pelatih dan kualiti kursus yang ditawarkan ditingkatkan dengan mengenal pasti kemahiran yang benar-benar boleh dipadankan dengan industri.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata masyarakat perlu mengubah pandangan mengenai TVET yang sebelum ini dianggap sebagai laluan bagi pelajar yang gagal meneruskan pengajian akademik.

“Kita perlu terus bawa lebih banyak success story (kisah-kisah kejayaan pelatih TVET) dalam media sosial dan sebagainya kerana masih ada stigma yang mengatakan TVET ini untuk pelajar yang tidak lepas laluan akademik, padahal TVET itu sudah up to standard already (capai standard sebenar),” katanya.

Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di pekarangan Aman Jaya Mall Sungai Petani.

Ia merupakan medan bagi promosi secara tahunan program TVET yang ditawarkan pelbagai agensi dan jabatan di bawah KPLB bagi menarik minat dan seterusnya meningkatkan pengambilan serta kemasukan pelatih baharu.

Penganjuran Ekspo TVET@KPLB kali ini melibatkan penyertaan dan kerjasama 280 buah Institusi Pendidikan TVET di bawah tujuh agensi utama KPLB.

Antaranya Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli, (JAKOA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta agensi wilayah seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) , Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.