nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadar tambang ECRL amat berpatutan – Ismail Sabri

26 JUN: Kementerian Pengangkutan (MOT) diminta berbincang dengan pihak berkepentingan bagi merangka kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) agar berpatutan dan mesra rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia perlu diberi perhatian berikutan terdapat pihak cuba menyebarkan fitnah seolah-olah tambang ECRL lebih tinggi berbanding harga tiket penerbangan.

“Projek ECRL dijangka beroperasi pada Jun 2027 dan ia akan menawarkan jalinan pengangkutan lebih moden, selamat dan efisien ke pantai timur.

“Jadi saya meminta Kementerian Pengangkutan berbincang dengan pihak berkepentingan bagi merangka kadar tambang perkhidmatan ECRL yang amat berpatutan seperti kadar tambang perkhidmatan KTM ETS yang mesra rakyat,” katanya lagi.

Beliau berkata sedemikian ketika ucapan sempena Majlis Perasmian permulaan pengorekan terowong ECRL dengan kaedah Mesin Pengorek Terowong di Bentong hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ismail Sabri berkata projek jajaran ECRL sepanjang 665 kilometer bernilai RM50.27 bilion merentasi empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor itu merupakan satu pencapaian bersejarah negara.

Ujarnya, tahap kemajuan projek berimpak tinggi itu telah siap sebanyak 30 peratus sehingga Mei lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026 seterusnya beroperasi pada 2027.

“Pembinaan terowong berkembar Genting ini adalah antara komponen utama Projek ECRL kerana ia dapat melengkapkan jambatan darat atau ‘landbridge’ bagi pengangkutan kargo dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.