nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi Sri Lanka telah musnah

23 JUN: Kerajaan Sri Lanka ‘tumbang’ setelah dihimpit bebanan hutang sekali gus berdepan kekurangan makanan, bahan api dan elektrik sejak beberapa bulan lalu, kata Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe kepada Ahli Parlimen semalam.

Beliau memberitahu Parlimen, negara Asia Selatan itu berdepan ‘situasi yang jauh lebih serius’ berbanding pelbagai kemelut dihadapi ketika ini dan turut memberi amaran ‘kemungkinan berdepan kejatuhan paling teruk’.

“Ekonomi negara kita telah tumbang sepenuhnya,” katanya.

Komen beliau dilihat ditujukan khusus kepada pengkritik dan Ahli Parlimen pembangkang mengenai tugas sukar yang sedang dikendalikan dan menegaskan, ia tidak boleh diselesaikan dalam kadar segera.

“Dia menetapkan jangkaan yang sangat, sangat rendah,” kata Felo Dasar dan Ahli Ekonomi di Pusat Pembangunan Global di Washington, Anit Mukherjee.

Menurut Mukherjee, kenyataan dikeluarkan Wickremesinghe itu juga bertujuan menyampaikan mesej kepada bakal pemberi pinjamannya.

“Anda tidak boleh membiarkan negara yang mempunyai kepentingan strategik sedemikian runtuh,” kata Mukherjee, yang turut memberitahu, Sri Lanka terletak di salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

Ahli Parlimen daripada dua parti pembangkang utama di negara itu memboikot Parlimen minggu ini sebagai bantahan kepada pelantikan Wickremesinghe yang dilantik menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lebih sebulan lalu.

Mereka mendakwa, pemimpin itu gagal menunaikan janjinya untuk memulihkan ekonomi.

Pada 14 Jun lalu, Sri Lanka meluluskan sistem bekerja empat hari seminggu untuk kakitangan awam bagi membolehkan mereka menanam sayuran untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan.

Langkah itu dijangka dapat mengurangkan masalah keperluan bahan api yang kronik selain menggalakkan rakyat menanam sayuran untuk kegunaan keluarga.

Sementara itu, Parlimen Sri Lanka membatalkan baki persidangannya minggu ini untuk menjimatkan bahan api, kata pegawai hari ini. – AGENSI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.