nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hsien Loong harap hubungan Singapura-Malaysia terus kukuh

23 JUN : Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk membina hubungan lebih kukuh antara republik itu dan Malaysia, termasuk dengan negeri Perak.

Beliau berkata demikian dalam kemas kini Facebooknya mengenai pertemuannya dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak kini dalam rangka lawatan empat hari ke Singapura bermula Selasa atas undangan Lee.

“Gembira kami dapat bertemu secara bersemuka lagi kerana sempadan telah dibuka semula. Kami membincangkan perkembangan serantau dan mengenai bidang kerjasama yang boleh diperkukuhkan lagi antara Singapura dan Perak,” tulis Lee.

Lee turut memuat naik gambar beliau dan Sultan Nazrin.

Turut serta dalam pertemuan itu Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

“Kali terakhir kami bertemu pada 2019, ketika Sultan Nazrin melawat Singapura untuk Kejohanan Golf Universiti Malaya-NUS,” tulis Lee.

Menurut Kementerian Luar Singapura, Sultan Nazrin akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.

“Sultan Perak juga akan diberi taklimat mengenai Rancangan Hijau Singapura 2030,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Selasa.- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.