nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jumlah penganggur makin berkurang di Malaysia

7 JULAI: Jumlah penganggur di Malaysia terus mencatatkan penurunan kepada 637,700 orang pada Mei lalu berbanding 649,300 orang bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pemulihan pasaran buruh pada Mei 2022 terus stabil dengan kadar pengangguran terkini negara berada pada 3.9 peratus.

Beliau menjelaskan bahawa aktiviti ekonomi yang menggalakkan pada bulan berkenaan mendorong kepada lebih banyak permintaan terhadap barang dan perkhidmatan, justeru memberi lebih banyak peluang kepada perniagaan bagi menjana semula pendapatan.

Katanya, pasaran buruh juga dilihat semakin berkembang susulan lebih banyak permintaan dan penawaran buruh berlaku dalam pasaran bagi menampung keperluan aktiviti ekonomi yang semakin meningkat.

“Justeru, kedudukan tenaga buruh pada bulan itu kekal kukuh dengan mencatatkan peningkatan bulan ke bulan dalam bilangan tenaga buruh iaitu sebanyak 0.2 peratus kepada 16.54 juta orang.

“Oleh itu, kadar penyertaan tenaga buruh pada Mei 2022 meningkat sedikit kepada 69.5 peratus. Situasi ini didorong oleh pertumbuhan guna tenaga yang stabil manakala pengangguran terus menurun,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir berkata daripada jumlah penganggur, 83.7 peratus adalah mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif.

Katanya, kategori ini menurun sebanyak 1.6 peratus mencatatkan 534,000 orang berbanding 542,000 orang bulan sebelumnya.

“Mengikut tempoh menganggur bagi penganggur aktif, 58.6 peratus adalah mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala 6.9 peratus adalah mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun.

“Sementara itu, penganggur tidak aktif atau mereka yang percaya tiada pekerjaan tersedia terus berkurang dengan penurunan sebanyak 2.5 peratus kepada 103,800 orang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.