nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

232 usahawan mikro terkesan banjir Baling terima geran BBKM

14 JULAI : Seramai 232 usahawan informal dan mikro yang terkesan bencana banjir dan kepala air di sini, 4 Julai lepas, menerima Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM696,000 daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata geran secara sekali beri sebanyak RM3,000 kepada setiap usahawan terbabit bertujuan membantu meringankan beban mereka.

“Sehingga kini, 232 usahawan terdiri daripada usahawan di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta usahawan disokong oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen (MPUKP), telah dikenal pasti dan layak menerima bantuan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan BBKM kepada mangsa banjir di Baling hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan dana zakat SME Bank berjumlah RM25,000 untuk membantu 50 mangsa banjir di sini, serta sumbangan Bank Rakyat dan Rakyat Holdings berjumlah RM110,000 kepada masjid, surau, sekolah serta 60 pelanggan Bank Rakyat.

Turut hadir, Ahli Parlimen Baling merangkap Pengerusi MPUKP Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Adam Abd Ghani.

Sementara itu, Noh berkata TEKUN turut mengambil beberapa inisiatif lain bagi membantu usahawan TEKUN sedia ada yang terlibat dengan banjir di daerah ini.

“Bagi peminjam TEKUN, mereka akan menikmati moratorium hingga enam bulan bagi bayaran balik pinjaman, boleh membuat pengeluaran 50 peratus simpanan, boleh memohon pembiayaan pemulihan perniagaan dengan moratorium hingga tiga bulan serta penjadualan semula pembiayaan sedia ada.

“Sumbangan RM3,000 yang diberikan pada hari ini juga diharap dapat membantu mereka memulakan kembali perniagaan, jika mereka memerlukan jumlah yang lebih besar, mereka boleh memohon pinjaman di bawah Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dengan kadar pinjaman maksimum RM10,000 dan moratorium selama 12 bulan serta tanpa faedah,” katanya.

Menurut Noh, kerajaan prihatin terhadap kesulitan dihadapi mangsa dan inisiatif yang diumumkan kementerian pada hari ini merupakan satu daripada usaha untuk membantu mereka.

“Kalau mangsa ini terdiri daripada usahawan, mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga, ada yang hilang rumah dan juga tempat berniaga, bantuan ini diharap dapat bantu mereka,” katanya.- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.