nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pesawat bawa muatan ‘berbahaya’ terhempas

17 JULAI: Sebuah pesawat kargo jenis Antonov An-12 yang dilaporkan membawa muatan ‘berbahaya’ bersama lapan individu, terhempas berhampiran Paleochori Kavalas di utara Greece, semalam.

Agensi Berita Athens melaporkan beberapa saksi memaklumkan pesawat itu dilihat terbakar, selain mendengar bunyi letupan yang kuat.

Seorang penduduk tempatan, Giorgos Archontopoulos, memberitahu stesen penyiaran ERT bahawa beliau mendengar bunyi enjin pesawat berkenaan seperti mempunyai masalah.

“Pada jam 22.45 malam, saya dikejutkan dengan bunyi enjin pesawat terbabit. Saya kemudian keluar rumah dan melihat enjin berkenaan sedang dijilat api,” katanya.

Pegawai tempatan pula berkata, tujuh jentera bomba dan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian, namun anggota tidak dapat mendekati pesawat itu berikutan letupan berterusan.

Menurut laporan media, sebelum ini pesawat kargo itu dikatakan dalam perjalanan dari Serbia ke Jordan telah meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan kecemasan berhampiran Lapangan Terbang Kavala tetapi gagal sampai ke sana.

ERT melaporkan ia didakwa adalah sebuah pesawat Ukraine, manakala penduduk kampung pula memaklumkan kapal terbang itu dilihat terbakar sebelum terhempas. Rakaman yang disiarkan secara langsung melalui televisyen menunjukkan pesawat itu masih dijilat api.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai bilangan individu berada dalam pesawat terbabit ketika kejadian.

Bagaimanapun, menurut laporan ERT, pesawat itu dikatakan membawa lapan individu dan kargo didakwa ‘berbahaya’. Malah, polis dilaporkan meminta wartawan di tempat kejadian untuk memakai pelitup muka.

Datuk Bandar Paggaio yang terletak berhampiran, Filippos Anastasiadis, memberitahu Open TV bahawa pesawat itu terhempas kira-kira dua kilometer dari sebuah kawasan penempatan. – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.