nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wilayah Xinjiang jadi hab penghubung Asia Tengah,Asia Barat dan Eropah

16 JULAI : Presiden China, Xi Jinping menyifatkan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang sebagai hab dalam Inisiatif Belt and Road (BRI), selaras peranan penting rantau pelbagai etnik itu, sebagai penghubung ke Asia Tengah, Asia Barat dan Eropah.

BRI ialah rangka kerja jaringan perdagangan dan infrastruktur yang diusulkan China, bagi menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika sepanjang Laluan Sutera.

Ketika melawat Kawasan Pelabuhan Darat Antarabangsa Urumqi, Selasa lalu, CGTN melaporkan Jinping memaklumkan Xinjiang kini bertukar daripada kawasan pedalaman kepada wilayah yang terbuka, selaras dasar China yang menggalakkan pembukaan kawasan, pembangunan wilayah di barat China serta usahasama dalam membangunkan BRI.

Beliau menegaskan kepentingan memajukan pembangunan di kawasan utara di Jaluran Ekonomi Laluan Sutera, dan merangkumkan strategi pembukaan wilayah Xinjiang ke dalam pelan keseluruhan pembangunan kawasan barat China.

Dalam lawatan itu, Jinping turut memeriksa operasi Laluan Kereta Api China-Eropah (Urumqi), pelabuhan Alashankou dan Pelabuhan Horgos, iaitu lokasi penting bagi perdagangan rentas sempadan.

Pada 2016, pelabuhan Horgos melancarkan perkhidmatan kereta api pengangkut China-Eropah, dengan jumlah perkhidmatan memasuki dan keluar dari pelabuhan itu sudah melebihi 4,720 pada 2020, peningkatan 43 peratus berbanding 2019.

Menurut pegawai kastam tempatan, perkhidmatan kereta api pengangkut China-Eropah menjadi pilihan pelbagai syarikat ketika pandemik, berikutan faktor harga murah, kapasiti pengangkutan yang besar, serta stabil dan memiliki ketersambungan yang baik.

Sementara itu, Pelabuhan Alashankou pula melancarkan perkhidmatan e-dagang rentas sempadan pada Januari 2020, dengan lebih 57 juta pakej merangkumi komoditi seperti permainan, produk digital dan pakaian China bernilai lebih AS$160 juta (RM712 juta) dieksport ke Eropah, melalui pelabuhan berkenaan sejak itu.

China mula mengusulkan Strategi Pembangunan Barat pada 1999, dan sejak itu, wilayah di barat China mencapai kemajuan memberangsangkan dan mengecilkan jurang pembangunan di antara wilayah timur dan barat negara itu. – AGENSI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.