nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU anti lompat parti untuk rakyat bukan ahli politik

27 JULAI : Rang Undang-Undang (RUU) anti lompat parti digubal untuk rakyat bukan ahli politik tegas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya banyak pertikaian yang datang dari blok kerajaan dan pembangkang ketika sesi libat urus RUU tersebut.

“Banyak saya dengar dalam libat urus daripada blok kerajaan dan blok pembangkang, banyak mempersoal macam-macam isu. Bagaimana kalau dipecat, bagaimana kalau gabungan dibuang.

“Jawapan saya, ini adalah undang-undang pindaan Perlembagaan untuk rakyat ,dari rakyat, kerana rakyat. Tidak ada kena mengena pada kita, ahli politik,” katanya ketika membahas RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen bertukar parti di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sempat mengingatkan ahli-ahli Dewan Rakyat tentang isyarat yang diberikan rakyat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini dimana tidak ramai yang keluar mengundi.

“PRN Melaka bilangan yang tak keluar mengundi begitu ramai. Rakyat marah dengan kita. Rakyat muak dengan kita,” katanya yang menyarankan gabungan parti politik hanya dibentuk selepas memenangi pilihan raya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata RUU ini penting dalam usaha menarik semula rasa hormat rakyat kepada ahli politik yang telah luntur susulan terlalu banyak insiden melompat parti berlaku sejak PRU14.

“Ini bukan untuk beri faedah kepada sesiapa tapi bagi menarik semula rasa hormat daripada rakyat kepada ahli politik. Tak perlu kita menuding jari kepada sesiapa.

Ahmad Fadhil Saari

“Mungkin ada dalam kalangan kita yang rasa sakitnya bila ahli parti kita lompat parti dan mungkin juga ada dalam kalangan kita yang menerima keuntungan apabila berlakunya lompat parti.

“Selepas PRU14 ada ahli Parlimen pembangkang yang lompat ke dalam kerajaan dan kerajaan menerima laba atau keuntungan daripada lompat parti itu.

“Selepas pembentukan kerajaan tahun 2020 juga kita saksikan ahli Parlimen melompat parti ke sana ke sini. Perkara seperti ini memberi imej tidak baik kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya, seorang ahli politik perlu menjadi seorang yang konsisten dan tidak boleh diganggu gugat.

“Kalau kita lihat di sosial media ahli politik dikecam oleh orang yang tidak berpolitik sebab pada mereka orang politik ini sama sahaja. Cakap tidak serupa bikin dan hanya bercakap untuk keuntungan mereka.

“Kita ahli Parlimen tapi apabila rasa hormat rakyat telah tidak ada maka kesannya pada pilihan raya orang tidak akan keluar mengundi, orang dah tak peduli. ‘Pilihlah siapa pun, buatlah apa sekali pun kami nak jaga periuk nasi kami’. Ini mentaliti yang ada pada rakyat yang membimbangkan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni yang turut berbahas pada sesi kali ini menyarankan kerajaan mempertimbangkan untuk menetapkan tempoh bagi sesuatu penggal Parlimen.

“Saya bersetuju pandangan Yang Berhormat Padang Rengas dan Klang agar diberikan ‘fix term’ tempoh bagi sesuatu Parlimen itu mempunyai satu tarikh yang tetap untuk kita sentiasa bersiap sedia tanpa mewujudkan spekulasi dan dapat adakan kempen dengan lebih konsisten.

“Supaya kita fokus bangunkan negara dan membantu rakyat yang kini dalam keadaan agak susah,” katanya yang menyokong RUU tersebut.-Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.