nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hamzah jawab kenapa MP BERSATU tidak bahas RUU Lompat Parti

28 JULAI : Persoalan mengapa Ahli-Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  tidak membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti di Dewan Rakyat terjawab apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Hamzah menjelaskan sembilan Ahli Parlimen Bersatu yang tidak menganggotai pentadbiran kerajaan, sebenarnya mahu terlibat dalam perbahasan tersebut namun diminta untuk tidak berbuat demikian.

“Saya meminta mereka (Ahli Parlimen BERSATU) supaya bersabar kerana enggan berlaku kekecohan dalam Dewan Rakyat, selepas beberapa Ahli Parlimen lain memberi gelaran yang bukan-bukan kepada mereka.

“Saya berani bercakap di luar Dewan Rakyat sebab saya tidak boleh bercakap dalam Dewan Rakyat, saya menteri, begitu juga dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ramai daripada kami ini frontbench. Ini yang menjadi masalah kepada kita,

“Tetapi hari ini percayalah bahawa daripada semua yang hadir termasuk Ahli Parlimen Bersatu kami mengundi kerana menunjukkan kami adalah kumpulan yang tahu akan undang-undang dan tahu menggunakan segala apa undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan,”katanya dalam sidang akhbar tersebut.

Hamzah dalam masa yang sama berharap tidak ada mana-mana pihak mempersoalkan dari parti mana asal seseorang Ahli Dewan Rakyat itu.

Dewan Rakyat mencatatkan satu lagi sejarah apabila meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti, dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun sewaktu membacakan keputusan itu berkata, seramai 209 Ahli Dewan Rakyat bersetuju, manakala 11 lagi tidak hadir.

Sejumlah 54 Ahli Parlimen daripada pelbagai parti politik mengambil bahagian dalam perbahasan itu, antaranya mewakili Barisan Nasional (BN), PAS, PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.