nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pertambahan pengundi muda ketara mulai Disember lalu

2 OGOS : Jumlah sejak terkini pemilih berdaftar yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan Mei 2022 pada 16 Jun seramai 21,113,234 orang dengan 1.2 juta daripadanya pengundi muda berusia 18 tahun hingga 20 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata penguatkuasaan Undi 18 pada 15 Disember lalu telah menyaksikan pertambahan ketara pemilih muda.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,141,749 orang iaitu 5.4% merupakan pemilih berumur 18 tahun hingga 20 tahun manakala bakinya 19,971,485 orang atau 94.6% pemilih berumur 21 tahun ke atas.

“Penguatkuasaan undi 18 tahun menyaksikan pertambahan ketara pemilih iaitu sebanyak 5.8 juta orang di mana 1.2 juta orang terdiri daripada golongan orang muda 18 hingga 20 tahun.

“Pertambahan pengundi muda ini wajar dan mustahak bagi kerajaan pastikan golongan ini bersedia daripada segi aspek pengetahuan serta pemupukan nilai-nilai dalam pembentukan negara bangsa terutama sekali hak pengundi sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada Dewan Rakyat ketika sesi soal jawab lisan, hari ini.

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh bertanya soal bilangan pengundi muda dan langkah kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman pengundi muda mengenai demokrasi berparlimen serta tanggungjawab membina negara bangsa khususnya dalam memilih pemimpin berwibawa khususnya dalam PRU15 ini.

Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh

Dalam pada itu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah turut menyeru semua pihak agar sama-sama membantu dalam usaha meningkatkan pengetahuan literasi politik demokrasi golongan muda supaya mereka lebih celik politik bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Pelbagai agensi telah mempergiat pelaksanaan program pendidikan pengundi khususnya kepada golongan anak muda untuk sama-sama memberikan pendidikan dan kefahaman mengenai proses pilihan raya di negara kita.

“Minggu lepas saya sendiri telah bertemu dengan parti Muda untuk bekerjasama memberikan kepentingan pendidikan kepada anak muda dan saya sendiri akan jumpa YB (Seputeh) untuk bincangkan bersama. Bukan hanya untuk DAP tapi saya alu-alukan parti-parti lain walaupun dalam parti kerajaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok.

Beliau turut mengambil contoh wujud dalam kalangan pengundi muda di Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu yang tidak cakna tentang pemimpin dipilih.

“Ini adalah masanya untuk kita berikan kesedaran (politik) terutama orang muda. Bukan hanya datang keluar mengundi. Bukan macam di PRN Johor bila tanya dah undi dah? Undi siapa? ‘Dah undi…Saya pun tak tahu undi siapa, saya tanya mak saya’. Anda sudah berumur 18 tahun dan boleh dapat lesen kereta, dah boleh kahwin, dah boleh masuk polis, masuk askar tapi kenapa bila nak mengundi tanya mak?

“Ini hak kita. Orang muda harus gunakan hak dan tanggungjawab ini sebagai rakyat Malaysia. Kita perlukan bantuan semua pemimpin untuk kita sama-sama berikan kesedaran kepada mereka untuk mereka keluar mengundi pada pilihan raya akan datang,” katanya. – Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.