nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenaikan OPR beransur-ansur tidak bebankan B40

9 OGOS – Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) secara beransur-ansur dijangka tidak memberi kesan ketara kepada peminjam kalangan B40.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata kebanyakan pinjaman oleh golongan B40 adalah pada kadar tetap.

“Mengenai kesannya kepada rakyat, BNM berpandangan bahawa kenaikan OPR secara beransur-ansur tidak memberi kesan yang ketara khususnya kepada golongan B40.

“Ini adalah kerana satu pertiga pinjaman oleh golongan B40  adalah pada kadar tetap, kebanyakan adalah untuk pinjaman pembelian kereta dan pembiayaan peribadi,” katanya ketika menjawab di Dewan Negara, hari ini.

Sebelum itu, Senator Aziz Ariffin meminta kementerian kewangan menyatakan sama ada dilakukan sebarang kajian lapangan oleh kerajaan terhadap tahap kesiapsiagaan rakyat berhubung dengan kenaikan kadar OPR yang jelas membebankan rakyat secara langsung.

Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata dasar monetari negara dilaksanakan secara bebas oleh BNM tanpa campur tangan kerajaan namun beliau menegaskan pihaknya sentiasa memastikan sebarang pelarasan dasar itu dilakukan secara terkawal serta beransur-ansur supaya tidak menjejaskan momentum pemulihan ekonomi negara.

“Tapi apabila keadaan ekonomi semakin baik. Kita naikkan secara beransur-ansur bukan seperti AS yang menaikkan terus 150 mata asas.

“Pendekatan peningkatan kadar OPR secara beransur-ansur ini sangat penting untuk mengelakkan tekanan pada masa akan datang untuk menaikkan kadar OPR secara tergesa-gesa,” katanya.

Mengambil contoh bayaran balik bagi pinjaman rumah RM300,000, Mohd Shahar menjelaskan pengurangan diterima peminjam ketika OPR diturunkan kepada paras terendah dalam sejarah pada pandemik tahun 2020 lebih banyak berbanding kadar peningkatan hari ini.

“Contohnya kita ambil pinjaman rumah RM300,000 bayaran balik mereka RM1,377 pada kadar OPR 3.0 cuma apabila turun 175 mata asas, kadar tadi berkurangan kepada 3.02% dan semasa pandemik ia memberi keuntungan kepada peminjam iaitu bayaran balik RM1,158 berkurangan RM219.

“Jadi, pada kadar sekarang ini, kalau kita ambil kira 4.27% kadar yang naik 50 mata asas pada kadar pinjaman rumah 3.52% bermakna ada kenaikan hanya RM85. Maknanya semasa pandemik ia turun RM219 tapi sekarang naik hanya RM85. Kalau lagi besar pinjamannya, lagi besar manfaatnya,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan peminjam agar mendapatkan bantuan sekiranya benar-benar terjejas di mana kerajaan melalui BNM menyediakan pelbagai program bantuan untuk golongan peminjam mudah terjejas termasuk kemudahan di bawah dana BNM untuk PKS, bantuan bayaran balik secara bersasar oleh bank dan khidmat nasihat di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).- Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.