nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes pertama anjing dijangkiti cacar monyet dikesan

18 OGOS : Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati berikutan kes pertama penularan cacar monyet dari manusia ke anjing telah dikesan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, kes pertama penularan cacar monyet dari manusia ke anjing itu membabitkan dua lelaki dan anjing greyhound Itali yang mereka tinggal bersama mereka di Paris, dilaporkan minggu lalu dalam jurnal perubatan The Lancet.

“Ini adalah kes pertama yang dilaporkan membabitkan penularan virus itu membabitkan manusia ke haiwan dan kami percaya ia adalah contoh pertama seekor anjing dijangkiti,” kata Ketua Teknikal WHO, Rosamund Lewis.

Lewis menegaskan, setakat ini kes itu adalah yang pertama yang mana sebelum ini tiada laporan lompatan jangkitan virus itu membabitkan cacar monyet.

Pakar sememangnya menyedari risiko teori lompatan jangkitan sedemikian boleh berlaku, katanya, sambil menambah bahawa agensi kesihatan awam sudah menasihatkan mereka yang menghidap penyakit itu untuk ‘mengasingkan diri daripada haiwan peliharaan mereka’.

Beliau berkata, ‘pengurusan sisa adalah kritikal’ untuk mengurangkan risiko virus itu boleh menjangkiti tikus dan haiwan lain di luar rumah.

Apabila virus melompat ke spesies yang lain, ia sering mencetuskan kebimbangan virus itu boleh bermutasi secara berbahaya.

Walaupun berlaku jangkitan yang sedikit namun WHO tetap menyatakan rasa bimbang jika membabitkan haiwan peliharaan di rumah.

Cacar Monyet pada asalnya dikenal pasti dalam monyet yang disimpan untuk penyelidikan di Denmark pada tahun 1958, walaupun ia paling kerap ditemui pada tikus.

Penyakit itu pertama kali ditemui pada manusia pada tahun 1970, yang mana sejak penyebarannya kekal terhad berlaku di negara Afrika Barat dan Tengah membabitkan kawasan tertentu.

Namun, Mei lalu, kes penyakit itu yang menyebabkan demam, sakit otot dan lesi kulit yang besar seperti bisul, mula merebak dengan cepat di seluruh dunia, terutamanya dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Di seluruh dunia, WHO mengesahkan lebih 35,000 kes di 92 negara, dan 12 orang meninggal dunia, menyebabkan pertubuhan itu mengumumkan penyakit itu sebagai kecemasan kesihatan global.

Minggu lalu kes jangkitan melonjak sebanyak 20 peratus menyebabkan pertubuhan kesihatan PBB itu menggesa semua negara mengambil tindakan yang lebih serius untuk mengekang penularan, termasuk memastikan populasi berisiko mendapat akses kepada perkhidmatan dan maklumat mengenai bahaya dan cara kendiri melindungi diri dari jangkitan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.