nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MoU Kerajaan-PH tindakan Ismail Sabri paling berjaya

20 OGOS : Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dengan pembangkang disifatkan langkah paling berjaya yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata langkah itu membawa kestabilan politik negara dengan secara tidak langsung mengiktiraf sumbangan pembangkang.

“Tindakan beliau membuat MoU dengan pembangkang adalah satu tindakan paling berjaya dalam pentadbirannya. Pertama, beliau mengiktiraf sumbangan pembangkang. Kedua, beliau menggunakan pembangkang sebagai pelindung daripada kerajaan pimpinannya ditumbangkan.

“Ternyata sejak MoU itu dilaksanakan, tiada usaha untuk menukar Ismail Sabri tidak seperti yang berlaku terhadap kerajaan pimpinan Tun Dr Mathathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya kepada BBC Portal.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Pada 13 September 2021, kerajaan Persekutuan dan PH menandatangani MoU itu bagi membentuk kerjasama dwipartisan dengan enam agenda iaitu aspek pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Jelasnya, sejak MoU itu dimetrai, tiada lagi timbul soal kerajaan pintu belakang yang asyik dilaungkan pembangkang sebelum ini.

“Beliau tahu kerajaan yang ada merupakan kerajaan yang lemah, selalu dikritik sebagai kerajaan yang tidak mendapat mandat rakyat, kerajaan pintu belakang dan sebagainya tetapi apabila ada MoU itu pembangkang tidak lagi menggunakan isu tersebut kerana pembangkang itu sendiri sebahagian daripada persefahaman (MoU) yang dibuat.

“Jadi tidak timbul lagi isu kerajaan pintu belakang. Ini cara beliau memastikan terus menjadi perdana menteri,” katanya.

Mengulas lanjut, Awang Azman khuatir jika Ismail Sabri terus ditangguhkan (PRU15) pasti akan timbul lagi beberapa isu lain yang dibangkitkan oleh pembangkang selepas itu LCS.

Katanya, apabila ini berterusan, ianya akan menjejaskan peluang BN untuk menang dengan baik.

“Jika Ismail Sabri masih ingin menangguh PRU sehingga misalnya, Mac tahun depan ini akan menjejaskan populariti Ismail Sabri dalam Umno itu sendiri sebab sentimen akar umbi menuntut PRU disegerakan.

Dalam pada itu, Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata setahun merupakan tempoh yang singkat untuk menilai prestasi perdana menteri ke-9 itu.

Namun katanya setakat ini Ismail Sabri menjalankan tugasnya dengan baik.

“Kita makin bertambah stabil dari segi ekonomi, kesihatan dan politik. Boleh kata prestasinya baik tapi beliau berdepan pelbagai cabaran. Setahun ini singkat. Beliau perlukan masa lagi sebenarnya.

“Sama ada beliau boleh survive atau tidak bergantung kepada dinamik politik semasa dan dalam kepartian sama ada beliau boleh meneruskan agenda beliau atau tidak sempat. Itu cabaran besar untuk beliau dalam pastikan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri selepas PRU15.

“Banyak tugas beliau setahun ini. Cuba menstabilkan kerajaan, membangunkan kembali ekonomi Malaysia dalam pandemik ditambah dengan inflasi serta peperangan yang menjejaskan kestabilan ekonomi dunia. Nampaknya ada kesan positif, pertumbuhan walau belum pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau juga melihat Naib Presiden Umno itu mempunyai agenda reformis yang dibawanya secara berperingkat dalam memastikan undang-undang negara mampu memantapkan lagi sistem politik demokrasi di Malaysia melalui MA36, undang-undang berkaitan anti lompat parti dan dana politik.

Namun katanya, Ismail berdepan cabaran besar sebagai pemimpin negara namun beliau bukan ketua parti yang menyebabkan beliau terpaksa berdepan dengan senario serta tuntutan partinya sendiri.

“Dalam masa yang sama beliau terpaksa berhubungan dengan parti rakan sekutu dalam kerajaan seperti Pas dan Bersatu kemudian ada pula perjanjian dengan PH. Urusan politik kepartian yang agak kompleks terpaksa diharungi beliau,” katanya yang memuji agenda Keluarga Malaysia.- Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.