nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Singapura benarkan seks sesama lelaki

23 OGOS : Singapura akan membenarkan hubungan seks sesama lelaki dan meminda undang-undang berkaitan liwat di mana seksyen 377A dari Kanun Jenayah yang mengatakan semburit atau hubungan jenis sesama lelaki sebagai jenayah akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, dalam ucapannya pada Hari Kebangsaan, kelmarin.

Pada masa sama, beliau berkata, Perlembagaan Singapura juga akan dipinda untuk melindungi takrif perkahwinan, iaitu penyatuan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, daripada dipertikai di mahkamah.

Seksyen 377A tidak membabitkan hubungan seks sesama wanita.

Berita Harian Singapura melaporkan, kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) menyuarakan rasa lega kerana undang-undang yang menyifatkan seks sesama lelaki sebagai satu jenayah akan dimansuhkan.

Sementara itu, Pejabat Mufti Singapura mengeluarkan nasihat bagi masyarakat Islam selepas pengumuman undang-undang yang menyifatkan seks sesama lelaki akan dimansuhkan.

Pejabat Mufti berkata, Islam menekankan pembentukan keluarga menerusi perkahwinan di antara lelaki dengan perempuan dan itu asas masyarakat.

“Islam melarang sebarang jenis hubungan atau ikatan seksual yang lain,” katanya.

Nasihat yang diberikan oleh Pejabat Mufti itu juga berkata, sebarang perubahan undang-undang tidak bermakna cara masyarakat Melayu dan Islam menjalani hidup akan berubah dan masyarakat itu harus menjalani hidup dengan yakin, berpandukan pendirian dan nilai yang berterusan.

Katanya, cara terbaik memelihara amalan agama dan cara hidup kita adalah dengan mendidik secara aktif dan memupuk nilai-nilai dan pendirian yang diingini dalam masyarakat Islam.

Menurut kenyataan itu, masyarakat Islam berhak memelihara nilai-nilai keagamaan dan kekeluargaan yang dimilikinya, terutama jika kedua-dua nilai itu dicabar atau dipertikai secara langsung.

Pejabat Mufti berkata, sebarang usaha advokasi bagi kumpulan LGBTQ harus menghormati nilai yang dianggap amat berharga oleh masyarakat Islam, dalam mengamalkan agama.

“Jika nilai keagamaan dan kepercayaan kita dicabar secara terbuka dan dengan cara yang agresif, ini akan mengubah ruang awam menjadi bersifat pecah-belah dan berkonfrontasi.

“Kita harus berusaha mencegah sebarang perbezaan dari segi orientasi dan pandangan dunia daripada berubah menjadi perbalahan dan konflik yang melemahkan masyarakat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.