nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Urusan parti, politik tidak ganggu tumpuan tadbir negara-PM

23 OGOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan bahawa isu parti dan politik tidak mengganggu tumpuan beliau dalam urusan mentadbir negara.

“Tidak, ia tidak mengganggu saya. Saya mempunyai kerja tersendiri dalam parti dan kerajaan. Anggota parti bebas menyuarakan pendapat masing-masing dan itu tidak mengalihkan tumpuan saya.

“Jika tumpuan saya terganggu, pastinya kita tidak akan mencapai pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) 8.9 peratus pada suku kedua, kita tidak akan melihat angka pengangguran menyusut daripada 4.3 kepada 3.8 peratus, dan angka nilai dagang tidak akan melepasi RM2 trilion,” katanya pada sesi soal jawab bersama beberapa pewarta asing dan Bernama, di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya sama ada pentadbirannya tidak dapat menumpukan perhatian dalam tugasan harian dan mungkin terlepas pandang cabaran yang menunggu seperti kegawatan ekonomi yang diramalkan tahun depan, kerana pelbagai isu membabitkan parti serta kerajaan.

Perdana Menteri juga ditanya sama ada beliau berasa ditekan berikutan kenyataan-kenyataan dibuat anggota partinya, termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan secepat mungkin.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setiap anggota parti (UMNO) berhak menyuarakan pendapat masing-masing, termasuk Presiden.

“Semua orang membuat kenyataan, dan parti kami meraikan kepelbagaian.

“Saya menghormati pandangan Presiden parti, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta pemimpin lain parti. Bagaimanapun, keputusan akhir akan dibuat oleh lima pemimpin tertinggi parti,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding bagi jawatan Presiden parti memandangkan amalan UMNO adalah pemimpin tertinggi parti yang menjadi Perdana Menteri, Ismail Sabri berkata, tumpuan beliau sekarang ialah membantu parti memenangi pilihan raya.

“Jika parti tewas, tiada gunanya bertanding dalam apa-apa jawatan. Saya akan memikirkannya apabila tiba masanya,” katanya.

Ismail Sabri juga menjelaskan di negara-negara lain, presiden atau perdana menteri tidak semestinya ketua parti, sebagaimana dapat dilihat di Indonesia yang mana Joko Widodo hanya anggota biasa Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan dengan Presidennya ialah Megawati. Begitu juga dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

“Situasi ini bukan luar biasa di negara-negara lain. Mungkin ia nampak ganjil di Malaysia kerana kali pertama berlaku.

“Bagi saya, saya Perdana Menteri, saya Naib Presiden parti dan walaupun saya bukan Presiden parti, saya tetap mahu melihat parti menang serta membentuk kerajaan,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada skandal rasuah besar yang terus berlaku boleh menjejaskan imej negara pula, beliau berkata: “Benar, masalah rasuah itu boleh menjejaskan imej negara jika ia berlaku berterusan. Ia juga akan menghalang pelabur asing melabur di negara ini.”

“Apa yang penting adalah tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan. Jika anda perhatikan kes-kes rasuah yang dibawa ke mahkamah, tiada siapapun terlepas, tidak kira kedudukan mereka.

“Prosedur membabitkan pemerolehan juga terus diperketatkan untuk menghalang gejala itu daripada terus menular,” katanya.

Beliau berkata, selagi kerajaan komited dalam bertindak terhadap gejala rasuah, negara-negara lain serta pelabur akan terus berasa yakin dengan Malaysia.

Selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyaksikan kerugian hampir RM50 bilion, Malaysia sekali lagi dihantui skandal rasuah mega membabitkan pembelian kapal pesisir pantai (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyebabkan kerugian dianggarkan hingga RM9 bilion. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.