nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Setelah enam hari, Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini

25 OGOS : Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama enam hari untuk diniagakan tinggi dengan indeks komposit ditutup pada paras tertinggi harian, naik 1.92 peratus, didorong oleh sentimen pasaran yang lebih baik di rantau ini, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 28.23 mata untuk ditutup kepada 1,495.49 daripada 1,467.26 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.11 mata pagi ini pada paras terendah harian tetapi mendapat momentum secara berperingkat untuk meningkat pada penutup dagangan.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 664 berbanding 294 manakala 366 kaunter tidak berubah, 1,008 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.64 bilion unit bernilai RM2.10 bilion daripada 2.88 bilion unit bernilai RM1.72 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI ditutup tinggi berikutan pelabur mengambil peluang untuk mencari saham pada paras rendah berikutan penurunan selama enam hari.

“Kami mengambil kira hala tuju dalam masa terdekat untuk pasaran tempatan masih amat bergantung kepada turun naik serantau, bagaimanapun, kami percaya aliran meningkat akan kekal utuh berdasarkan sokongan belian yang berterusan daripada dana asing dan penilaian murah ekuiti tempatan.

“Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI akan diniagakan tinggi dalam julat 1,490-1,505 menjelang hujung minggu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pasaran serantau utama juga kebanyakannya tinggi berikutan petunjuk positif di Wall Street semalaman dan jaminan China untuk lebih banyak langkah untuk meningkatkan ekonominya yang memberi rangsangan kepada sentimen pasaran.

Sementara itu, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.58 peratus kepada 28,479.01, Kospi Korea Selatan naik 1.22 peratus kepada 2,477.26, Hang Seng Hong Kong melonjak 3.63 peratus kepada 19,968.38 manakala Indeks Komposit SSE China menambah 0.97 peratus kepada 3,246.25.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok tiga sen kepada RM8.84, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare, masing-masing meningkat 15 sen kepada RM8.65 dan RM6.37 dan CIMB Group naik empat sen kepada RM5.40.

Daripada saham aktif, TWL Holdings menambah setengah sen kepada 5.5 sen, Hibiscus Petroleum naik enam sen kepada RM1.02, Dagang NeXchange meningkat 3.5 sen kepada 88 sen dan Serba Dinamik merosot satu sen kepada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE melonjak 115.90 mata kepada 4,990.87, Indeks FBMT 100 menambah 175.68 mata kepada 10,366.01, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 253.02 mata kepada 10,756.84, FBM 70 menokok 135.22 mata kepada 12,736.22 manakala Indeks FBM Emas naik 175.48 mata kepada 10,625.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 97.68 mata kepada 16,648.63, Indeks Perladangan naik 92.80 mata kepada 6,953.63, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 3.16 mata kepada 183.05 manakala Indeks Tenaga menokok 25.66 mata kepada 732.85.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.71 bilion saham bernilai RM1.75 bilion daripada 2.11 bilion saham bernilai RM1.5 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran naik kepada 453.52 juta unit bernilai RM66.12 juta daripada 420.03 juta unit bernilai RM59.27 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 475.13 juta saham bernilai RM291.75 juta daripada 344.52 juta saham bernilai RM146.23 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 248.33 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (477.95 juta), pembinaan (49.17 juta), teknologi (174.87 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (64.1 juta), hartanah (198.3 juta), perladangan (28.82 juta), REIT (2.72 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (288.24 juta), penjagaan kesihatan (96.34 juta), telekomunikasi dan media (37.45 juta), pengangkutan dan logistik (25.14 juta) dan utiliti (17.95 juta).-BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.