nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JMKM bantu rakyat berjimat beli barang keperluan harga murah

27 OGOS :  Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM), yang bermula pada minggu ketiga Ogos hingga Disember ini, menjadi program yang dinanti-nantikan orang ramai bagi mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah.

Program yang menawarkan harga barangan keperluan harian 20 peratus lebih murah berbanding pasaran itu, berlangsung hari ini di beberapa negeri dengan setiap negeri merekodkan sambutan meriah dari penduduk setempat sejak awal pagi.

Di TERENGGANU, ayam standard yang dijual hanya pada harga RM6.99 sekilogram adalah yang paling meraih sambutan di sebuah pasar raya di Bukit Kecil dekat Kuala Terengganu.

Suri rumah Farah Aina Kassim, 38, berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan dan mengenal pasti lokasi penganjuran program tersebut.

“Hari ini saya beli seekor ayam standard bersaiz agak besar dengan harga sekitar RM16 sahaja. Ia lebih murah berbanding tempat lain yang mana pada hari biasa kini sekitar RM8 sekilo,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa dilapor berkata JMKM akan diadakan setiap minggu selama 18 minggu di 639 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dengan sebanyak RM80 juta diperuntukkan melalui lima kementerian sebagai agensi pelaksana.

Di MELAKA, sebanyak 28 premis perniagaan termasuk Agrobazaar Rakyat, kedai runcit, pasar mini dan Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat melibatkan kesemua DUN, mengambil bahagian pada program yang berlangsung dua hari bermula hari ini.

Seorang peniaga pasar mini di Taman Bukit Tembakau, Idris Minhat, 62, berkata walaupun program tersebut menawarkan barangan keperluan pada harga lebih murah, namun ia masih memberi keuntungan kepada peniaga sepertinya.

Katanya, kedainya dikunjungi ramai pembeli sejak 9 pagi tadi yang ingin mendapatkan barangan keperluan seperti beras, ikan dan ayam segar, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan dan telur.

Di JOHOR, JMKM yang diadakan di BS Freshmart, Jalan Sri Mersing, Mersing mendapat sambutan  menggalakkan dengan orang ramai mula mengunjungi pasar raya itu pada 10 pagi tadi.

Penolong Pengurus pasar raya itu Tan Chee Kiat berkata antara promosi diadakan termasuk ayam segar yang dijual pada harga RM6.80 sekilogram, ikan cencaru RM5 sekilogram, manakala sayur seperti lobak cina yang dijual RM1 sekilogram berbanding RM2.80 harga asal.

Seorang pengunjung Aradella Ali, 31, bersyukur program itu memberi banyak faedah kepada rakyat, selain turut mencadangkan agar lebih banyak pilihan barangan dapat ditawarkan dengan harga lebih murah.

Di KELANTAN pula JMKM diadakan di Pasaraya Jelira, Kok Lanas di bawah Parlimen Ketereh dan seorang penduduk tempatan, Mustapa Karim, 70, ketika ditemui memuji program berkenaan yang dapat membantu rakyat berjimat.

“Jualan murah seperti ini perlu dibuat berterusan kerana ia membantu kami daripada golongan sederhana dan tidak berkemampuan,” ujarnya.

Di PAHANG, pengalaman pertama seorang peneroka, Asri Othman, 69, berkunjung ke program JMKM di Dataran Kerayong, Bera hari ini menimbulkan rasa ralat kerana beliau tidak mengendahkan ajakan rakannya ke program itu sebelum ini.

“Saya datang kerana mahu lihat sendiri beza harga di sini… awalnya berkira-kira juga mahu datang kerana pasti ramai orang, tapi rupanya memang berbaloi terutamanya untuk saya yang tidak ada pendapatan tetap,” katanya yang membeli barangan seperti minyak masak, beras, tepung, gula dan ayam. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.