nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM tak pernah janji dengan mana-mana pihak segerakan kes Najib, Zahid

2 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah berjanji dengan mana-mana pihak untuk menyegerakan kes mahkamah yang melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pegawai Khas Perdana Menteri, Kamarul Zaman Yusoff menerusi satu kenyataan hari ini menegaskan, Perdana Menteri juga tidak pernah berjanji dengan mana-mana pihak untuk menukar Peguam Negara sebaik beliau menjawat jawatan nombor satu dalam Kerajaan itu.

Dakwaan oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tegasnya, tidak lebih sekadar kenyataan berniat jahat yang mahu memecah-belahkan perpaduan parti.

“Suka dijelaskan bahawa tidak ada di dalam mana-mana butiran perjanjian tersebut pernyataan bahawa ‘Ismail Sabri telah berjanji tidak akan menukar Peguam Negara’ atau bahawa ‘Ismail Sabri berjanji akan menyegerakan kes-kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Najib Razak.

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat ke atas tuduhan jahat ini. Adalah diharapkan agar usaha mana-mana ‘trojan horse‘ untuk memecah-belahkan parti dari dalam atau untuk menjatuhkan Kerajaan semasa akan menemui kegagalan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dr Kamarul Zaman Yusoff

Kamarul turut memetik kata-kata Lokman dalam video berkenaan yang turut dimuatkan dalam kenyataannya hari ini, antaranya :

“Nombor 7, tuan-tuan, Ismail Sabri telah berjanji tidak akan menukar Peguam Negara. Saya nak beritahu dengan saudara-saudara, kepada pengamal undang-undang, mereka jauh lebih tahu bahawa janji Ismail Sabri ini juga sudah salah dari segi undang-undang, kerana bagaimana dia boleh berjanji dengan Muhyiddin, third party, bahawa dia tidak akan menukar Peguam Negara?

“Yang paling teruk sekali, saudara-saudara, Ismail Sabri Nombor 9 berjanji, tuan-tuan, berjanji, dia berjanji, saudara-saudara, akan menyegerakan, akan menyegerakan kes-kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Najib Razak.

“Itu sebab Datuk Najib dihantar ke penjara, dan sekarang ini mereka nak segerakan kes untuk menghantar pula Datuk Seri (Ahmad) Zahid ke penjara,” kata Lokman, seperti dipetik Kamarul Zaman dalam kenyataan itu.

Dalam video berkenaan, Lokman turut menggesa kepimpinan tertinggi UMNO mengambil tindakan disiplin ke atas Ismail Sabri.

Jelas Kamarul Zaman, perjanjian tersebut, yang disebut – ‘Perjanjian Persefahaman Bagi Mengikat Usahasama Dan Kesepaduan Politik Serta Protokol Untuk Pembentukan Kerajaan Baharu’ – telah ditandatangani antara Ismail Sabri dan Muhyiddin selaku Pengerusi Perikatan Nasional pada 17 Ogos 2021.

Perjanjian itu menurut Kamarul Zaman dimeterai antara kedua-dua pemimpin politik tersebut bagi menjamin kestabilan Kerajaan Persekutuan selagi belum capai tarikh pembubaran Parlimen untuk Pilihan Raya Umum seterusnya, serta menegaskan perjanjian yang dimeterai itu tiada butiran yang pelik, meragukan, apatah lagi merugikan kepentingan UMNO.

“Perlu diingati suasana ketika waktu itu, di mana Muhyiddin telah terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8 ekoran tindakan beberapa ahli Dewan Rakyat UMNO menarik kembali sokongan mereka ke atas kerajaan PN pimpinan beliau.

“Dalam situasi begini, setelah dikhianati oleh sebahagian ahli Dewan Rakyat UMNO, sudah pastilah Muhyiddin dan PN, sukar sekali menyokong ahli Dewan Rakyat UMNO sebagai pengganti beliau melainkan jika dapat dipastikan kepentingan PN turut terjaga,” ujarnya.

Kata Kamarul Zaman lagi, turut dipersetujui ialah pengekalan pelantikan ahli-ahli parti anggota PN dalam Badan-Badan Berkanun dan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Tegasnya, tiada sebarang butiran perjanjian yang melampau seperti yang didakwa sebaliknya butiran-butiran yang ada hanyalah seperti “jumlah anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang diperuntukkan kepada parti-parti dikekalkan,” katanya.

Katanya lagi, tindakan Lokman yang bersiaran pada malam Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 2022 dengan membuat beberapa dakwaan liar yang merosakkan nama baik Ismail Sabri selaku Perdana Menteri dan Naib Presiden kanan UMNO adalah sesuatu yang amat mendukacitkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.